30 Jun 2021

, , , ,

KEMPEN BENDERA PUTIH X VITS


Kibarkan bendera putih di hadapan rumah anda jika memerlukan pertolongan dalam kelangsungan hidup semasa tempoh PKP bagi yang terkesan. Jangan malu dan jangan segan. Vits Rangers akan berikan bantuan makanan di rumah anda.

 

Vits Rangers akan membuat rondaan pada:

2 Julai 2021 dan 3 Julai 2021

10 pagi sehingga 4 petang

di dalam lingkungan 10 km sekitar Rawang seperti berikut:

Taman Tun Teja

Taman Mawar Rawang

Taman Setia Rawang

Taman Bersatu

Taman Tun Perak

Taman Pelangi

Taman Pinggiran Pelangi

Taman Rawang Idaman

Taman Garing

Taman Rawang Tin

Taman Rawang Perdana

Taman Rawang Jaya

Taman Bukit Rawang Jaya

Bandar Tasek Puteri

Kampung Kenanga

Kampung Melayu Batu 16


Share:
Read More

28 Jun 2021

27 Jun 2021

, ,

Sengaja Tolak Rakan Baik Jatuh Dari Jambatan, Gadis Ini Dipenjara 2 Hari & 38 Hari Lakukan Kerja Kebajikan

Assalamualaikum semua

Tidak sangka seorang rakan baik sanggup ‘tikam belakang’ rakannya sendiri apabila dipercayai Tay’lor Smith sengaja menolak rakannya jatuh dari sebuah jambatan dengan ketinggian 15 meter. Insiden ini berlaku pada sekitar bulan Ogos 2018 lalu dimana mereka telah ke Sungai Lewis di Moulton Falls Regional Park, Vancouver untuk tujuan bercuti bersama-sama.

Tolak jatuh dari jambatan

Memetik laporan abcnews, suspek Tay’lor Smith berusia 18 tahun ketika itu mengaku bersalah menolak mangsa Jordan Holgerson yang baru berusia 16 tahun ke dalam sebuah sungai dari jambatan Sungai Lewis dengan ketinggian 60 kaki. Susulan insiden tersebut, mangsa telah mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru, patah tulang rusuk dan lebam di badan.

Insiden tersebut sempat dirakam menggunakan sebuah telefon pintar salah seorang rakan mereka yang turut menyertai percutian ke tempat riadah itu. Malah, video insiden tersebut turut viral di platform media sosial sebelum diarahkan untuk diturunkan.

Semasa rakannya, Jordan Holgerson terlantar di hospital, suspek segera ke sana untuk melawat rakannya itu tetapi diusir oleh keluarga mangsa.

Mengakui tiada niat menolak

 

Foto sekadar hiasan

Ekoran insiden itu, Tay’lor Smith telah dihadapkan ke mahkamah bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Suspek pada awalnya mengakui tiada niat untuk menolak mangsa jatuh dari jambatan tersebut sebelum mengakui bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Darvin Zimmerman.

Suspek bagaimanapun merayu kepada pihak mahkamah supaya mengurangkan hukuman terhadap dirinya. Pihak mahkamah telah memutuskan hukuman penjara selama dua hari dan 38 hari kerja pembersihan alam perlu dilakukannya selepas dibebaskan dari penjara. Mangsa turut memberitahu ke pihak mahkamah, tindakan suspek itu adalah untuk membantunya mengatasi rasa takut dengan ketinggian dan tidak berniat untuk mencederakan.

Dia ingin melompat tapi pada masa yang saya dia berasa takut. Dia telah meminta saya untuk membantu dan memberi dorongan kepadanya. Saya tidak memikirkan akibatnya akan berlaku sedemikian.

Sumber: abcnews

 AnumDarters

Share:
Read More

24 Jun 2021

22 Jun 2021

, , , ,

Selamat Pagi Selasa

Biar miskin tapi punya harga diri, Biar susah tapi syukur selalu di hati, Biarlah orang menghina, tak mustahil di satu hari Allah naikkan darjat kita lebih tinggi dari yang menghina 😊

Aamiin 🌹

#anumdarters 
#blogger 
Share:
Read More

16 Jun 2021

4 Jun 2021

2 Jun 2021

1 Jun 2021

, , , ,

Salam 1 Jun 2021

Mulakan hari yang ceria dengan panjatkan syukur ke hadratNya.
Selalu ucapkan alhamdulillah dan beristighfar.

Bangun dengan senyuman akan membawa aura positif seharian dalam hidup kita.

Aamiin...🌹

#anumdarters 
#blogger 
#rnalife❤ 
Share:
Read More