Feb 28, 2021

Salam 28.02.2021

Aku tersenyum disaat aku tidak memperoleh apa yang aku inginkan. 

Aku mengerti bahawa Allah menginginkan aku mendapat lebih daripada apa yang aku inginkan.

Maka, aku bersabar dan terus tersenyum.

Ucapkanlah

ALHAMDULILLAH ❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 26, 2021

Feb 25, 2021

Salam Khamis 25.2.2021

Banyakkan bersedekah. Usah risau andai harta kita semakin sedikit, asalkan nilai harga akhlak kita tinggi berganda☝️ AsSalamualaikum Salam khamis..
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 24, 2021

,

Ilmu Bersama

Assalamualaikum 

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Aamiin...🌹
#anumdarters❤
Share:
Read More

Feb 23, 2021

Dunia

🌎 Dunia ini hanya setitis, kalau tak dapat, janganlah sedih, kerana yang kamu tak dapat itu hanyalah setitis, kalau dapat, janganlah riak kerana yang kamu dapat itu cumalah setitis

Ucapkanlah

❤️ ALHAMDULILLAH ❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 22, 2021

, , ,

Wahai Isteri

Wahai isteri, Layanlah suami dengan baik... Tawan hati mereka supaya suami gembira... Buatlah kerana Allah... Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu... Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar...

Maafkanlah kekurangan mereka... kerana dunia ini bukan tempat tinggal kamu... Syurga tempat tinggal kamu yang sebenarnya... Jagalah solat awal waktu... Walau apapun terjadi... Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid...

Jagalah aurat kerana Allah... Jaga aurat bukan kerana kamu baik... Tapi ia perintah Allah... Apalah makna cantik jika kamu dibenci oleh Allah... Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kamu...

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia... Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah... Untuk umat... Untuk umat selamat dari neraka... Takpelah dunia ini kamu kurang sikit... Syurga semakin dekat... Dunia ini sekejap sahaja...

Wahai isteri solehah, Kamulah harta paling bernilai... Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu... Untuk isteri seperti kamu... Tiada ucapan melainkan pasti redha dari suamimu membuatkan Allah redha padamu dan Syurga Firdaus lah tempat kamu...
Abadi selamanya.....
Kredit : نور شانتي
#anumdarters 
Share:
Read More
,

Fikirkan

Allah menemukan kita dengan manusia yang mengecewakan, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia tempat berharap.

Allah menemukan kita dengan manusia yang menyakitkan hati, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang menyembuhkan.

Allah menemukan kita dengan manusia yang mengambil haq kita, kerana Dia ingin kita faham bahawa tiada apapun milik kita.

Allah menemukan kita dengan manusia yang menzalimi, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang Maha Adil. 

Allah menemukan kita dengan manusia yang tidak menghargai, kerana Dia ingin kita faham bahawa hanya Dia yang memberi ganjaran. 

Belajarlah mengikuti sebagaimana perkataan para Nabi dan orang yang ikhlas

Teruskan jadi baik, jangan merasa sudah baik, lebih baik rasa masih kurang baik, lalu sentiasalah buat baik.

Fikirkanlah...

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 21, 2021

,

KUNCI HIDUP TENANG

KUNCI HIDUP TENANG

1.Tidak perlu mendengar sesuatu yang tidak perlu didengar. 
2.Tidak perlu melihat sesuatu yang tidak perlu dilihat. 
3.Tidak perlu berbicara sesuatu yang tidak diperlukan.
4.Tidak perlu mencari tahu sesuatu yang tidak perlu kita ketahui.

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 20, 2021

Yang Terpenting Dalam Hidup

*Yang Terpenting Dalam Hidup*

Hal terpenting dalam hidup adalah perubahan diri menjadi lebih baik. Doa yang baik adalah doa yang menjadikan seseorang lebih baik dalam hidupnya

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 19, 2021

,

‘Hey Daddy, Setahun Sudah Kamu Pergi Tinggalkan Kami’ – Bunga & Noah

Assalamualaikum semua

Hari ini nak share kisah sedih.. Anum turut bersedih... 

Semalam, genap setahun pemergian arwah Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair. Di Instagram, Bunga dan keluarga Ashraf memuat naik foto di mana mereka mengadakan majlis tahlil buat arwah.

Artikel berkaitan: [VIDEO]’Tak Pernah Fikir Hidup Tanpa Ashraf’ – BCL Kongsi ‘Love Story’ Selepas Genap Setahun Pemergian Suami Tercinta

Artikel berkaitan: ‘Sejujurnya Masih Belum Bisa..’- Terima Ucapan Hari Lahir, BCL Akui Masih Bersedih Kehilangan Suami

Hey daddy

Hai Daddy, setahun sudah kamu telah pergi meninggalkan kami. Hari ini, kami ingin memberitahu bahawa setahun yang lalu amat sukar buat kami berdua hidup tanpa kamu, tapi kami baik-baik sahaja. Kami cuba dengan situasi yang baru ini. Oleh itu, kamu jangan risau tentang kami. Semoga kamu bahagian di sana. Kami sangat merinduimu.

Menerusi posting yang dimuat naik Bunga, dia dan anaknya iaitu Noah kelihatan menziarah pusara arwah Ashraf semalam. Tambahnya, dia dan Noah masih cuba untuk membiasakan diri tanpa Ashraf sejak setahun yang lalu. Menurut Bunga, ianya satu proses yang amat sukar namun, mereka cuba untuk kuat demi menjalani kehidupan yang mendatang. Bunga dan Noah juga berharap arwah Ashraf tenang di sana.

Selesai tahlil untuk arwah Ashraf

Alhamdulillah, selesai sudah tahlil buat arwah Ashraf yang dilakukan di Jakarta menerusi ‘Zoom’. Terima kasih Bunga. Gembira sangat dapat melihat Bunga, Noah dan keluarga di sana.

Menurut ibu arwah Ashraf iaitu Khadijah A Rahman, mereka sekeluarga di Malaysia dapat bersama-sama dengan Bunga ketika melakukan majlis tahlil menerusi aplikasi ‘Zoom’.

Setahun sudah berlalu. Rindu abang. Al-fatihah.

Menurut adik arwah pula, masa yang berlalu sungguh pantas dan kesemua mereka sangat merindui arwah Ashraf. Rata-rata rakan artis dan kenalan arwah turut merinduinya.

Sumber: Bunga Citra LestariDida SinclairAdam


AnumDarters
Share:
Read More

Salam Jumaat

"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepadaMu rezeki yang baik, ilmu yang bermanfaat, dan amalan yang diterima" Aamiin
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 18, 2021

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

Hi
Assalamualaikum semua
Lama dah x aktifkan diri dalam dunia blog ini
Inshaallah lepas ini akan aktif semula

Petang ini Anum nak join Giveaway from rakan blogger (Nasuha)
Kalau korang nak join sila la click banner ya
























Baik,jom pergi ke syarat-syarat giveaway.


1) Follow blog Cuya-> https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/  

2) Copy banner dan tulis entri bertajuk ' Giveaway Vektor 2.0 by Cuya'

3)Backlink banner dengan link blog Cuya.

4) Dah siap? Komen link entri di bawah ya.

Apa lagi kawan2 semua jom meriahkan Giveaway ini

Wish me luck



Share:
Read More

Selamat Pagi Khamis

Just share.. 🤭🤭

KUNCI UNTUK DAPAT H A T I  
S E N A N G  &   J I W A  T E N A N G

1. T I D A K M E M B E N C I , 
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. T I D A K M E R U N G U T
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. B E R S E D E R H A N A
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. B E R SANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. S E L A L U  S E N Y U M
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. S E L A L U  M E M B E R I
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. D O A  T A N P A  P E N G E T A H U A N  M E R E K A
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dgn kejayaan teman2 anda, berdoalah smga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dgn mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerna Allah x terima Amal Kebajikn orang yg Berhasad dengki....
..
Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 17, 2021

, ,

SAMPAH

Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang & sisa isa makanan dibuang.

Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok2 dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Sebab? ‘Ramai’ sangat terliur tengok sisa makanan tu…
Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur. Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok.
Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput ‘dia’. Sebab tu mak mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.

Buat anak anak perempuan & wanita… tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau… ‘dia’ suka meratah barang kita…
Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya banyak berkait rapat dengan life kita.

Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2… Elakkan sebelum terlambat

Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh. Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci. Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.
Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih. Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.

Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas k0tor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini. Berikut antara perkongsian beliau;
Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu…masa zaman sekolah lagi..
Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pon..
Tapi, tetiba ada yang reminder semula..
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Ruginya selama ni tak buat sungguh2..
Bukan tak basuh pinggan,
Cuma ikut mood…bila rasa lapang baru buat.
Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang x basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh…
Allah, tu la ambil ringan je..
Bila dah tahu,
Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.
Macam2 rasa ada.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Allahu…aku xsengaja…
Nabi suruh pasti bersebab.
Pasti hikmahnya besar.
Lepas dah tahu,
Sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas2 makan tu, basuh juga.
Rupanya betul..
Bila dah settle kerja ni,
Lapang dada rasa.
Nak bergolek pon tak bersalah.
Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.
Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.
Pada satu sudut lain,
Jin pon tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang2 kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu.
Ampuni daku andai terculas lagi..
Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.
Kredit: Adamhawa.my
#anumdarters 
Share:
Read More
, ,

MARAH

SAAT Marah atau terasa hati dengan
Seseorang yang kita Sayang....Perkara pertama kita perlu lakukan adalah Diam dan jauh-kan Telefon dari Tangan...📲
.
Kenapa?
.
‼️Kerana Bila Marah Sudah Menguasai hati Tangan akan menaip dan menulis perkataan yang kita tak sedar akan memakan diri kita kembali...Dalam kita tak sedar Ayat dan tulisan kita akan meluka-kan hati orang yang kita sayang....Atau lebih parah kita Mula bercerita pada tempat yang salah dan Syaitan memain-kan peranan untuk menghancur-kan sebuah perhubungan..Tangan dan Hati kita
Ber-gandingan selari Dengan Syaitan Maka keadaan akan makin merumit-kan....Dan tiada jalan penyelesaian malah akan makin kusut...
.
‼️Hati memain-kan peranan yang cukup penting dalam diri seseorang kerana dari Hati-lah melambangkan keperibadi-an seseorang...kita selalu dengar sesetengah orang cakap Hanya mulut dan tulisan yang jahat dan nampak kesat tapi hati masih baik..Masih jujur dan ikhlas pada orang yang kita sayang Sebenar-Nya Tiada Istilah itu....Apa yang terkeluar dari mulut dan tulisan itu la mengambar-kan siapa diri-kita...
.
Kenapa?
.
‼️Kerana Tangan dan Mulut di-kendalikan Oleh Hati...
.
‼️Jadi sebelum ingin menulis dan bercakap Pikir dahulu buruk dan baik-Nya...kesan pada diri sendiri dan pada orang yang kita sayang...Tentang Maruah diri dan Maruah orang yang kita sayang....
.
‼️Kerana kata-kata dan tulisan yang meluka-kan Ibarat Paku yang melekat di-dinding walau sudah di-cabut tetap meninggal-kan kesan dan bekas yang lama...
.
Selalu Ajar Dan Didik Hati kita...
.
‼️Jangan menulis dan bercakap disaat Hati tengah terlalu hanyut dengan kegembira-an takut kita terlupa bagaimana ingin memaafkan bila terluka..
.
‼️Jangan menulis dan bercakap ketika Hati tengah di-hantui rasa marah takut kita akan
menyesal dan kehilangan orang yang kita sayang kerana tulisan dan kata-kata kita...
.
‼️Ketika marah menguasai Bertenang-lah...
Cari Ruang Untuk bersendiri..Jangan terlalu Menekan diri agar mampu terus keluar dari masalah dan tekanan..Jaga Lisan kita Dan Tulisan kita Agar tidak meluka-kan Hati orang yang kita Sayang...
.
Ada sebab kenapa Nabi s.a.w Pesan pada kita
kalau marah...Diam...
..
Nabi s.a.w tak nak kita luka-kan hati orang yang kita sayang...
.
Lidah dan Tulisan orang tengah marah ni setajam pisau....Jadi...BERSABARLAH...💜
#anumdarters 
Share:
Read More
, , ,

Jom Amalkan

DOA KEBAHAGIAAN KELUARGA

Ya Tuhan kami! Berilah kami, isteri kami, anak cucu kami semua menggembirakan hati dan jadikanlah kami sebagai ikutan orang-orang yang takwa.

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 16, 2021

LUPA

Kita ini kadang-kadang lupa akan nikmat yang Allah beri. Jarang bersyukur apabila senang. Tetapi apabila susah, sakit mula mengeluh kenapa Allah menguji kita.
Allahu..

Tahukah bahawa ujian itu lah yang mendekatkan kita kepadaNya. Tanda Allah sayang, berbanding yang langsung tidak merasa apa peritnya dalam ujian dan dugaan.

Maka selalulah bersyukur, ketika senang atau susah.

Ucapkanlah

Alhamdulillah ❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 15, 2021

Kau penat, aku pun penat

"Kau penat, aku pun penat..."

Dlm rumahtangga, klu kita nak lawan sapa yg lagi penat, sapa yg lagi byk buat keje, maka smpai bila2 pun kita akan bergaduh dan bermasam muka...

Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yg larat sahaja, xbleh buat, tinggal...jgn paksa diri, jgn nak perfect...

"Malam ni masak apa...?"

Wife jwb xtahu lg, x decide lagi sbb tgh ajar anak buat keje sekolah...

Terus saya reply, "Tak pyh masak, saya tapau mkn malam..."

Balik rumah, smpai ja rumah, tgok baju masih kat ampaian...panggil anak, mintak dia ambik bakul...saya kutip, bwk masuk dlm rumah...lepas maghrib, sambil tgok berita, saya lipat...

Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,"kenapa x masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini..." saya dah PENAT keje kot...takkan balik rumah kena buat mcm2 lagi...

Tapi saya xbuat mcm tu sbb isteri pun ada keje dia sendiri...isteri bukan membuta dr pagi smpai ke ptg...isteri bukannya goyang kaki, xbuat apa2...jgn hanya kerana kita xnmpk apa yg dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA2...

Larat kemas, kemas...xlarat biar bersepah...larat masak, masak...xlarat kita tapau luar...larat lipat baju, lipat...xlarat, esok kita buat...

Ada yg jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun xsempat...boleh, teruskan dan buatlah...xde paksaan pun cuma jgn merungut je lah klu pilih nk buat mcm tu...

Dlm rumahtangga ni, penat tu dua2 kena rasa...klu salah seorang sahaja yg PENAT, maka rumahtangga tu TENAT...✌️
Kredit: Firdaus Shakirin
#anumdarters 
Share:
Read More

Feb 14, 2021

, ,

Ilmu Bersama

1. Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam sholat apabila kita mengejar masa. 
Rasulullah  ﷺ bersabda: "Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga." (Hadis Riwayat Ahmad). Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, InsyaAllah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
-
2. Berselawat Kepada Rasulullah ﷺ
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah   kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya. "Barangsiapa yang bersolawat ke atasku sekali, niscaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda". (Hadis Riwayat Muslim)
‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Di dalam masa satu minit, kita boleh bersolawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
-
3. Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. 
Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad). Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek (أستغفر الله العظيم)
“Astaghfirullah hal adzhim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
-
4. Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya perbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau WA sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang. Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim.
Sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari)
-
5. Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih yaitu:
‎– سبحان الله و بحمده – 
‎– سبحان الله العظيم – 
"Subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim." (Hadis Riwayat Muslim). Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
-
6. Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad  juga ada bersabda ﷺ: "Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga."
‎لا حول ولا قوة إلا بالله
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
-
7. Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insya Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita. Rasulullah bersabda ﷺ : "Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, niscaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya." (Hadis Riwayat al-Thabarani)
-
8. Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahalanya.

Moga bermanfaat 🌹
Share:
Read More
, , ,

Erti Perkahwinan

Sebab Apa Kahwin?  

Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. 

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.  

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. 

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. 

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. 

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.  

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya

Sumber : Kena Tahu
Share:
Read More

Feb 2, 2021

Salam Selasa

❤️ DOA HARI SELASA ❤️

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah bantulah aku mengingatimu, memsyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami.

Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmu.
Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai.

Ya Rabb hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta pertolongan.

Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.

Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar.

Ya Allah ringankanlah diri kami untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia serta tekun beribadah sebagai persediaan kami untuk akhirat. َ

Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah kami memohon bila kami terjaga diwaktu pagi terjagalah kami dalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dalam Islam agama Nabi kami Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.

Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dengan apa yang kami ada pada hari ini dan sentiasa bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.

Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan. rezeki itu kami semakin dekat denganMu Ya Allah. َ

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).

رَبَّنَا آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa ‘adzaabannaar.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. 

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Wasollallaahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa'alaa aalihi wasohbihi wasallam.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keatas keluarga dan sahabat-sahabat bagina.

Aamin Aamin ya rabbal alamin.

#anumdarters
Share:
Read More