Memaparkan catatan dengan label knowledgeable. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label knowledgeable. Papar semua catatan

2 Jan 2022

, , ,

BUKAN BENCI ...

BUKAN BENCI TAPI DAH KECIL HATI
Kalau kita dah tersinggung dengan kata-kata orang, tengok muka pun tak tegur, malas rasanya.
Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati.
.
Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka.....
Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.
Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri.
Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka.

Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri 
Sama ada mereka memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan.
Memaksa diri kita untuk disukai oleh semua orang sangat memenatkan.
Oleh itu, jadilah diri sendiri walaupun anda tidak disukai ramai,
Jauhi orang yang mengecewakan kita.
Berhenti cuba untuk menggembirakan orang yang tidak pernah menghargai kita.

Semakin kita jauhi mereka yang meracuni jiwa,
Kita akan hidup jauh lebih sihat.
Ketenangan dengan hati
Mengharungi hari demi hari
Penuh dengan kebahagiaan
Dengan cara kita sendiri
Kebahagiaan adalah apa yang kita ciptakan

Selamat malam.🌚🌚
Assalamualaikum sahabat semua
#sabar itu indah 🚶🏼‍♀️🚶🏼‍♀️
#anumdarters
Share:
Read More
, , ,

JIWA TENANG

Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.

Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family. 

Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
- Kereta mula meragam
- Rumah mula nak bocor sana sini
- Yuran sekolah anak makin naik
- Mula banyak orang benci kita
- Hubungan dengan mertua
- Isteri mula merungut tak cukup makan
- Suami stress gaji kena potong
- Rumahtangga mula goyang
- Badan mula sakit sana sakit sini
- Badan dah tak fit
- Bawa kereta cepat mengantuk
- Hutang keliling pinggang
- Ah Long mula kejar
- Hubungan adik-beradik mula renggang

Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?

Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.

Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”

Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.

Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.

Bertenanglah wahai jiwa yang diuji!

Hassan Adli

Jiwa Tenang
#anumdarters
Share:
Read More

5 Mei 2021

, , , ,

Cara Buat QRCode

Assalammualaikum

Kepada rakan-rakan yang nak buat QRCode untuk raya/majlis kahwin/apa2 majlis/kedai makan/apa2 jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.

Disini, saya nak share cara mcm mana nak sign up. Senang sangat tau ☺

Dengan QR Code ni juga, kita dpt memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis / kedai terus scan je dengan menggunakan sistem My sejahtera ! 

Ada 6 step semua. 

Step 1 : Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
Step 2-6 : rujuk gambar dibawah 😉
Updated : Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yg kita nak update.
#anumdarters 
Share:
Read More