17 Nov 2021

, , ,

My Bday 2021

Yeay...semalam adalah hari Kelahiran saya yang ke 39 tahun.... [tak pe...itu hanya sekadar angka..yang penting maintain hokeh...tapii dalam hati...uwaaaa... haku dah tua....hihihiiii] 

Terima kasih kepada yang wish kat saya Happy Birthday dan mendoakan kebaikkan mengiringi perjalanan saya dan keluarga...[doa yang sama juga saya mohon untuk semua]... dari panggilan telefon... msg..whatsapp.. wechat...IG sampai lah ke FB... [wahhh hebatkan teknologi sekarang nih] tq tq soo much...hanya Allah yang tahu kegembiraan saya kerana diriku terasa sangat dihargai.... [tiba-tiba....erkkk...]

Syukur kepada Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk bersujud kepadaNya lagiii dan menikmati indahnya alam ini dan mengenali serta mendalami dgn lebih dekat dan jauh akan kehidupan di muka bumi ini... Kerana di setiap saat dan waktu itu sebenarnya ada pengajaran yang perlu kita pelajari dan fahami...Insyaallah 
#anumdarters
#blogger
#rnalife❤
#homesweethomerna❤
Share:
Read More

10 Nov 2021

, ,

Perempuan Cantik

Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.
Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia. 💕 

Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.

Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami.

Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.

Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat.

Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja
lebih kuat.

Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.

Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza.

Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami.  Bukan begitu.

Hargai isteri.

Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah
makanan sedap untuk merea.

Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah
kemaskan rumah untuk mereka.

Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka.

Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.

Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya
dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan
ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.

Kredit : Mohd Firdaus Jailan
#tukangfikir
#anumdarters 
Share:
Read More
, , ,

Wordless Wednesday

💕💐SALAM HARI  RABU💕💐

Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah..

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

#anumdarters
Share:
Read More