30 Jan 2021

Salam Sabtu

Rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeza-beza. Tak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri dan lebih menjengkilkan apabila ada antara kita yang suka sangat membanding-banding.

Rezeki yang Allah beri pada kita adalah pinjaman semata-mata. Rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain, sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. 

Janganlah riak dan janganlah terlalu  kedekut untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah. 

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

29 Jan 2021

Salam Jumaat

Orang yang bersedekah akan mendapat ganjaran pahala dan Allah akan menambah rezekinya.

Apabila memberi kepada yang tidak berkemampuan kita akan menjadi saluran untuk orang lain, InsyaAllah ganjaran pahala akan mengalir berterusan.

Ringankan tangan membantu orang lain, bersedekah jariah moga Allah melimpat gandakan rezeki agar dapat meringankan beban orang yang kurang bernasib baik.

Rezeki yang ada dikongsi-kongsikan. Makin banyak memberi, makin banyak rezeki dan ganjaran pahala kita.

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

28 Jan 2021

Salam Khamis

Jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain kerana Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita semua .

Bersabarlah . Itu sebenarnya kunci kebahagiaan .

Ucapkanlah Alhamdulillah

#anumdarters 
Share:
Read More

27 Jan 2021

UJIAN

Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar. 
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud, 
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

26 Jan 2021

MARAH

MARAH

Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati

Semoga kita dijauhkan dari sifat² ini.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

25 Jan 2021

Salam Isnin

Amalkan doa ini setiap hari untuk keberkatan...

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَالْمَوْتِ

Ertinya :

Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta bertaubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

24 Jan 2021

Salam Hujung Minggu

Tiada harta yang lebih bernilai bagi kita selain anak-anak yang soleh.

Anak yang sentiasa mendoakan apabila kedua orang tua sudah meninggal dunia.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

23 Jan 2021

Salam Sabtu

Pada yang masih ada mak ayah hargailah ketika mereka masih ada. Jangan biarkan air mata mereka menitis kerana kita.
Jika mereka tak redha takut nanti hidup kita jadi tak berkat.
 Mereka bukan gilakan harta dan wang ringgit tapi belaian kasih dan doa dari anak-anak mereka.

Semoga ayah dan ibu kita masuk syurga.

Aamiin...

#anumdarters 
Share:
Read More

22 Jan 2021

Doa adalah senjata

Tiada manusia yang dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah. Hinggakan sampai satu masa manusia pasti akan berasa begitu lemah, letih, kecewa, dan tidak berdaya untuk menghadapi apa yang berlaku. Sebagai orang Islam, percayalah bahawa tidak ada satu perkara pun yang tidak dapat diselesaikan dengan bantuan Allah. Maka, berdoalah.

Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Aamiin...❤️
#anumdarters 

Share:
Read More

21 Jan 2021

Selamat Pagi Khamis

Apabila tiba saatnya untuk kita meninggalkan dunia ini, segala nikmat dan harta kemewahan yang kita miliki sebelum ini takkan kita bawa bersama. Yang ada hanyalah selembar kain kafan dan amal kita di dunia.

Semoha kita Husnul Khotimah.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

20 Jan 2021

Selamat Pagi Rabu 20.1.2021

Orang yang kuat itu ialah orang yang disakiti berkali-kali tapi masih juga memaafkan dan tetap membalas dengan kebaikan.

Biarpun pedih tapi diterima dengan redha kerana tahu Allah lebih menyayangi.

Komen: ALHAMDULILLAH ❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

19 Jan 2021

Harta bukan segalanya

Tak guna harta yang melimpah ruah jika hati tak tenang.

Hati akan gelisah kerana sibuk fikirkan kekayaan yang masih tak cukup-cukup.

Tapi jika kita mencari ilmu, menambah saham akhirat dan istiqomah dalam melakukannya, apa yang ada kita mensyukurinya.

Jiwa akan sentiasa tenang dan bahagia.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

18 Jan 2021

, , ,

Jom berzikir

Cara menjaga hati  adalah dengan memperbanyak zikir. Berzikir merupakan salah satu ibadah untuk mengingat dan mendekatkan diri dengan Allah Swt. 

Kita harus berusaha untuk sentiasa berzikir di tengah-tegah kesibukan, sesudah solat dan sebelum tidur. 

Semakin sering zikir diucapkan, baik lisan maupun dalam hati maka insyaAllah hati akan terjaga dan terasa semakin tenang. 

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

17 Jan 2021

Selamat Hujung Minggu

Rezeki tidak akan datang apabila kita malas berusaha. Rezeki takkan jatuh begitu saja dari atas langit. Tanpa usaha dan bekerja keras rezeki tak akan pernah datang. Begitu juga  hajat kita dapat dikabulkan oleh Allah.  Kitapun harus terus berusaha seperti berzikir dan  berdoa untuk memohon kepada Allah agar hajat kita dapat terkabul.

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

16 Jan 2021

Slmt Malam

Bersyukurlah jika hari ini kita masih diberi nikmat.

Ada yang dikelilingi orang-orang tersayang.

Berbanding pada yang sudah tiada siapa-siapa di dunia ini.

Komen: Alhamdulillah ❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

14 Jan 2021

Selamat Pagi Khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum 
SELAMAT PAGI  KHAMIS


ُ  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya اَللّهُ :-

Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat....

Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar...


 Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!

Ampunkanlah dosa-dosa kami....
dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, 
kaum keluarga kami, guru2 kami, 
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......

Selawat dan salam ke atas junjungan kami 
Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga
dan para sahabatnya...!

 Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Share:
Read More

13 Jan 2021

Assalamualaikum Selamat Pagi Rabu

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara. Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

Semoga kita dapat melakukannya. 

Komen: ALHAMDULILLAH ❤️
Share:
Read More

12 Jan 2021

, ,

Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf

Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf.

 Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadilatnya.    Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah iman. Ayat ini diturunkan setelah hijrah.

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt Tsabit menulis serta menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

#anumdarters 
Share:
Read More

Selamat Malam

Hargailah apa yang ada. Syukurilah walau pun ianya tak seperti yang kita harapkan.

Jika sesuatu yang menekan perasaan, lepaskannya dengan mengingati Allah. Berzikir dan renungilah bahawa tiada guna kita meratapi sesuatu yang bukan milik kita.

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Komen: Alhamdulillah ❤️

Assalamualaikum & Selamat Malam
Share:
Read More

11 Jan 2021

Ujian & Kehidupan

Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah iaitu sentiasa berasa cukup dengan semua yg telah Allah kurniakan.

Biarpun yang Allah beri itu berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.

Tetaplah bersyukur walaupun nikmatnya kecil.

Komen: Alhamdulillah

Share:
Read More

8 Jan 2021

Salam Maghrib 08.01.2021

“Belajar keikhlasan dari senja.  Walaupun dia sabar menunggu matahari, tetapi kehadiran malam itu tidak membuatnya merasa kehilangan, walaupun kehadirannya singkat, dia selalu menorehkan kecantikan”

Salam maghrib 
Share:
Read More

Salam Jumaat 8.01.2021

Assalamualaikum, Salam Jumaat sahabat... Andai kamu letih untuk terus meminta ampun daripada Allah, ketahuilah bahawa Allah tidak pernah letih untuk mengampunkan kamu.
Share:
Read More

7 Jan 2021

, ,

Tinggalkan 5 perkara

'Tinggalkan 5 perkara'

1 - Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

2 - Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.

3 - Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.

4 - Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.

5 - Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan

Alhamdulillah ♥️
Share:
Read More

SEJALUR DAUN KECIL

SEJALUR DAUN KECIL
- kerana aku perempuan

aku hanya sejalur daun kecil
di antara gugus ranting dan rimbun daun
menghias kelopak besar mimpimu
dan aku mengerti tidak semua anganmu
bisa kurangkul dengan jemariku
bisa kusebutkan dengan bibirku
maafkan aku begitu tak berjaya berada
di tunjang hasratmu dan melonjak tinggi cintamu
aku terpatah oleh lelah lemahku
aku terjatuh oleh keliru fikirku
tapi aku sangat ingin 
menjadi sejalur daun kecil
yang mampu meneduhkanmu
dan jika kau bahagia 
biarlah ia datang dari cinta ini
beri waktu aku untuk tumbuh
dan kaulah terbaik bagiku

Selamat Malam
Share:
Read More

Antara Daun

ANTARA DAUN
aku serapuh daun itu
berpegang pada ranting 
berpaut bermain angin
tapi jika jemariku lemah
dan hatiku tak kuat bertahan
akan terpisah jatuh berterbangan
menuruni segar pohon dan terakhir
terpuruk di sejuk bumi

tapi aku tak bisa sebegitu
harus bangkit dan berdiri 
memandang dari kepayahan
mengumpul segala sisa daya 
memulakan lagi kehijauan baru
merintis jalan menjahit keyakinan
dari robek dan pedih itu
kerana aku perempuan
jika seinci aku menyerah
seluruh hidupku 
persis sejuk bumi 
mereput dan tiada

aku harus berani tumbuh
antara daun
meskipun kehilangan banyak mimpi

Assalamualaikum dunia
Share:
Read More

6 Jan 2021

Selamat Malam

"Kejujuran memang menyakitkan, tapi mendewasakan. Itu jauh lebih baik daripada kebohongan yang membahagiakan, namun melemahkan."
Selamat malam semua
Share:
Read More

Selamat Pagi

Ilmu manusia hanya setitik air dari seluas lautan. Benarlah kata orang, jangan riak dengan segala ilmu yang kita ada. Berkongsilah ilmu. Semakin banyak ilmu dikongsi, semakin padat pengetahuan dimiliki.... Assalamualaikum & Selamat Pagi
Share:
Read More

5 Jan 2021

Berkat Rezeki

Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita. Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan, namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza. Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya. 

Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja. Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda. Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka. 

Aamiin...❤️

Share:
Read More
,

Welcome 2021

بسم الله الرحمن الرحيم

Bismillahirrahmannirrahim
" In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Welcome 2️⃣ 0️⃣ 2️⃣ 1️⃣
Share:
Read More

4 Jan 2021

Selamat Pagi Isnin 4.01.2021

Berwudhuklah dengan air ketika kamu dalam keadaan  marah. Kerana marah itu umpama bara api.

[ HR. Abu Daud ]

Semoga kita dapat amalkan setiap kali kita rasa marah.

Aamiin...

Assalamualaikum & Selamat Pagi
Share:
Read More

3 Jan 2021

Salam Maghrib 3.1.2021

Orang yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah akan dapat menghindarkan diri dari melakukan maksiat.

Dirinya akan sentiasa peka dan sedar akan dosa dan pahala.

Aamiin...
Salam Maghrib 
Share:
Read More