Memaparkan catatan dengan label Wordless. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wordless. Papar semua catatan

9 Mac 2022

, , , , , ,

DOA HARI RABU

❤️🕋DOA HARI RABU🕋❤️

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Ya Allah bantulah aku mengingatimu, mensyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.

Aamiin...🌹
Share:
Read More

15 Dis 2021

, , ,

Wordless Wednesday

RABU. 

Jadilah orang yang paling ikhlas, bukan paling baik. Kerana dalam baik belum tentu ikhlas tapi jika ikhlas pasti ada kebaikannya 

Aamiin...🌹

#anumdarters 
#rnadarters 
#homesweethomerna 
#blogger 
#sharing
#wednesday
Share:
Read More

10 Nov 2021

, , ,

Wordless Wednesday

💕💐SALAM HARI  RABU💕💐

Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah..

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

#anumdarters
Share:
Read More

24 Mei 2021

, , , ,

‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi, hari ini nak share kisah yang sangat menyentuh jiwa anum

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Luahan bapa undang sebak

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 7o lebih tahulah cara hidup macam mana.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

Sedihnya! 


Share:
Read More

24 Mac 2021

3 Mac 2021

, ,

Wordless Wednesday #1.2021

Kasihanilah diri sendiri saat orang memandang tinggi kedudukan dan dipuji sebagai orang yang banyak kebaikan, sedangkan kita sendiri sahaja yang tahu di mana hakikat diri di sisi Allah. Betapa banyak dosa kita.

Hidup sehari lagi dengan kasih sayang Allah. Ditutupnya aib.
Tidak ditariknya rezeki dan kesihatan sekalipun sendiri sahaja yang tahu sejauh mana kita memperhambakan diri pada Allah.

Dalam setiap hela nafas, ingatlah Allah, moga pesanan yang sedikit ini mampu jadi pemula kepada kita agar semakin akrab dengan-Nya.

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More