Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan
anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi
memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan,
pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang
diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang
daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.
Luahan bapa undang sebak
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.
Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia.
Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu
anak, esok kalau adik dah macam pakcik 7o lebih tahulah cara hidup macam mana.
Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia
lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.
Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik,
70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga
anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan
kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap
betul.
Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi
menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan
sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang
rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan
mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.
Sedihnya!
Allahuakhbar, tersntuh rasa hati saya.
BalasPadaminshaallah sama2 kita jadikan renungan
Padamkasihan kat pakcik ni. sedih sbb anak2nya x mampu jaga seorang ayah. memang anak yg mengenang jasa tul!
BalasPadamkan minta dijauhkan drp terjadi
PadamKalau la si anak baca.. Dan bayangkan APA yg si ayah Dan ibu sanggup buat apa Saja masa membesarkan.
BalasPadambetul tu
Padam