Di Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, seorang bayi berusia 11
bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman
keluarganya. Insiden itu dipercayai apabila bayi berkenaan bermain bersama-sama
abang dan kakak di atas sebuah katil bersebelahan tingkap di bilik tidur utama.
Bermain bersama abang, kakak
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten
Komisioner Beh Eng Lai telah menerima laporan kemalangan tersebut sekitar jam
6.00 petang sebelum pasukan polis dari Balai Polis Jinjang bergegas ke lokasi
kejadian.
Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama
abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan
tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap
kira-kira jam 3 petang.
Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk
mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak
mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.
Kecederaan di kepala
Ketua Polis Daerah Sentul melakukan siasatan lanjut dan
mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian melibatkan bayi berusia
11 bulan itu. Bayi tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala
akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan
rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan
meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.
Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah
siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Sumber: BH Online
Ngeri baca.... Mmm... Nak salahkan sapa nie
BalasPadamkan x tau nak cakap
Padam