6 Mei 2021

, , , ,

Ini 5 Tips Untuk Korang Buat Pembelian Dengan Harga Rendah. Barulah Berbaloi!

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak kongsi tips dengan kawan2 semua

Dalam keadaan yang tak menentu dan mencabar sekarang, banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan sehabis baik terutama sekali dalam hal berbelanja.

Jika tiada keperluan mendesak, tak perlulah berbelanja melainkan untuk barang-barang keperluan dan bil utiliti yang memang wajib dipenuhi setiap bulan.

Mengambil kira situasi semasa kewangan rakyat Malaysia sekarang, syarikat telekomunikasi gergasi Digi tekad untuk terus membantu orang ramai dalam apa jua keadaan. Mereka tampil menawarkan lebih banyak pelan talian mampu milik yang fleksibel demi meringankan kos perbelanjaan setiap isi rumah.

Jom kami kongsikan juga langkah mudah untuk perbelanjaan yang lebih berbaloi dan pelan postpaid terbaru Digi untuk korang yang inginkan penjimatann lebih!

Belanja guna kupon

Jadi lebih peka dan rajin untuk semak kalau-kalau ada kupon istimewa yang ditawarkan di tempat korang nak membeli-belah tu. Dengan penggunaan kupon, korang akan dapat penjimatan yang lebih banyak.

Beli barang keperluan lebih ketika jualan murah 

Setiap kali ada promosi atau tawaran istimewa pastikan korang beli segala barang keperluan dalam kuantiti yang lebih banyak. Selain dapat berjimat, korang juga dah tak perlu nak stock up barang-barang tersebut untuk tempoh beberapa minggu atau bulan kedepan. Jimat masa dan duit!

Jika berbelanja online, kumpul order untuk jimatkan kos penghantaran 

Membeli-belah secara dalam talian ni memang best. Tinggal klik je yang mana nak, kemudian tunggu je order korang sampai. Tapi kadang-kadang kos penghantaran pula terlalu mahal. Lepas ini, apa kata korang kumpul dulu order dari keluarga atau kawan-kawan yang nak buat pesanan dari online shop yang sama dan kongsi kos penghantaran.

Cari ruangan ‘markdown’ ketika membeli belah! 

Kalau korang tak tahu, sesetengah kedai mempunyai ruangan ‘markdown’ khas untuk barang-barang yang dah off-season dan ianya dijual pada harga yang jauh lebih murah! Kadar potongan boleh mencecah sehingga setengah harga tau!

Pilih pelan postpaid yang lebih berbaloi!

Pelan postpaid termasuk dalam belanja bulanan dan ianya merupakan komitmen tetap. Jadi, penting untuk korang nilaikan sehabis baik pelan mana yang bersesuaian mengikut kemampuan korang. Jangan nanti setiap kali nak bayar bil korang pening kepala pula.

Kami faham memang agak susah nak cari pelan yang menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan. Haa kami excited nak kongsikan dengan korang yang Digi dah ada pelan postpaid lebih fleksibel!

Pelan postpaid mampu milik ikut kemampuan pengguna!

Sama seperti slogan mereka ‘Hello and connect to what matters the most”, Digi lebih daripada bersedia untuk membantu korang berhubung bersama keluarga, teman mahupun rakan niaga melalui pelan postpaid yang bersesuai dengan kadar kemampuan pengguna. Tak perlu risau sebab dijamin tiada sebarang kadar caj tambahan tau!

 

Pelan pasca bayar terbaru ini didatangkan dengan pakej internet yang lebih ringkas tanpa sebarang sekatan kuota. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mengakses internet berkelajuan tinggi tanpa had!

Ohh kalau korang tak tahu, Digi disahkan oleh Ookla® sebagai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia untuk suku ketiga dan keempat 2020!

Digi turut membenarkan pengguna untuk add-ons mana-mana pilihan yang bersesuaian dengan keperluan korang. Nak top-up kuota internet? Tak ada hal, korang boleh dapatkan internet berkelajuan tinggi sehingga 360GB!

Malah, Digi juga menawarkan rebat hebat untuk sebarang pembelian di Google Play dan Apple App Store. Semua pelanggan kini berkelayakan untuk menerima rebat sebanyak RM10 setiap bulan bagi pembelian di Google Play dan Apple App Store. Super berbaloi weh! 

Buat korang yang selalu habiskan masa tengok tengok drama dan movie pula, jangan lepaskan peluang untuk tebus rebat hebat bagi pakej langganan Viu! Dengan hanya RM1 sekarang korang dah boleh layan semua drama dan filem di Viu setiap hari!

Haa kalau korang nak kan semua kelebihan macam rebat dan juga pakej langganan Viu dengan harga tak masuk akal tu korang boleh pilih untuk melanggan pakej DP 60 dan ke atas. Percayalah tak rugi langsung! Malah, lebih berbaloi dengan segala pilihan add-ons yang ditawarkan.

Demi penjimatan yang lebih hebat, korang juga diberi pilihan untuk menggunakan talian keluarga di mana seramai 6 orang ahli keluarga boleh didaftarkan ke rangkaian ini dan nikmati diskaun 50% untuk setiap line! Sekarang setiap ahli keluarga korang  mempunyai akses internet berkelajuan tinggi dan panggilan telefon tanpa had dengan hanya setengah harga asal!

 

Lagi best, sekarang Digi dah turunkan harga bayaran bulanan untuk pelan pembiayaan telefon pintar mereka dari RM90 ke RM60 je sebulan.

Dengan pelan Digi PhoneFreedom 365 korang berpeluang untuk memilih mana-mana telefon pintar termasuklah Oppo A12, Vivo Y11D, Samsung Galaxy A02s, Oppo A15, Realme c15 dan Vivo Y20 dengan harga bayaran peranti setiap bulan serendah RM8 ringgit sahaja! Jadi, kalau korang tengah berkira-kira nak dapatkan telefon baru, inilah masanya!

Melalui penambahbaikan yang diketengahkan Digi, mereka juga komited untuk memberikan akses internet fiber untuk setiap isi rumah di Malaysia. Oleh itu, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan tambahan jika menggabungkan kedua-dua pelan pasca bayar dan Digi fiber di bawah satu akaun yang sama.

Pelan terbaru Digi ini memang paling sesuai dan sangat berbaloi untuk korang yang lebih gemar pilih dan add-ons mengikut keperluan sendiri. Tak adalah korang bayar untuk benda yang korang tak guna dah, jimat duit dan nikmati nilai yang lebih!

Kalau korang memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai pelan postpaid yang ditawarkan Digi, korang boleh klik je di SINI atau terus ke laman Facebook rasmi mereka di SINI.

Share:

4 ulasan:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih