29 Sep 2021

, , , ,

Al FATIHAH

SETIAP PAGI, SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT DIRI SENDIRI 🌸
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah buat diri sendiri?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ia pembukaan ia penawar ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita. Ia adalah makanan bagi ROH kita,

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur...

"Beri salam" pada diri sendiri dahulu. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali. Kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : 

" ALHAMDULILLAH "

Katakanlah, aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah. 

Lalu  baca surah" Al-Fatihah 1x.

Lakukan mulai hari ini kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan dan nikmatilah RASAnya…
#anumdarters 
Share:
Read More

28 Sep 2021

, , ,

Pinjaman

Sekitar 4 Tahun lalu..
Sahabat saya meminjam duit..
Tidak banyak
Sekitar Rm1000..
Dengan alasan untuk  mengubati anaknya..
Dan berjanji..
akan dibayar bila dapat gaji..
Saya berikan..
Dengan Niat menolong..
Sebulan kemudian..
Tibalah saat Gajian...
Saya menunggu...
Dengan harapan..
Sahabat saya Akan melunasinya..

Bulan pertama tak ada khabar..
Hingga bulan ketiga...

Sampai suatu saat..
Saya melihatnya..
Menggunakan Motor Baru...
Dan Baru saja selesai...
Belanja disupermarket.
Dengan barang Belanjaan yg cukup banyak..

Keesokan Harinya..
Saya cuba hubungi..
Dengan niat menanyakan Kabar..
Namun...
Telefon saya tidak di angkat..
Saya wassap......
Namun tidak dibalas..
Hingga 5 hari...

Suatu ketika disebatang jalan
Tidak sengaja kami bertemu..
Seperti biasa..
Saya bertanyakan kabar..
Dan pada akhirnya saya bertanya..
"Bro, aku nk guna duitlah.. "..
Boleh tak hutangnya dibayar segera"
Dengan lemah lembut..
Dan penuh senyuman..

Namun...
Dia membentak saya dengan Kasar...
Seraya berkata:

"KALAU AKU  ADA  DUIT,AKU SUDAH BAYARLAH..
TAK PERCAYA SANGAT"

lalu dia Pergi....

Sekitar 2 minggu kemudian..
Saya Ke tempat kerjaa ...
Tak sengaja melihat...
Dia sedang mengeluarkan duit dri mesin ATM..
Dan ternyata...
Duit yang dikeluarkannya agak banyak .

Berkali kali...
Saya melihatnya Hidup Mewah..
Namun tidak mampu..
Membayar Hutang...

Dan sekarang ..
Sudah 4 tahun lebih...
Sayapun sudah tidak berharap..
Hutang itu akan dibayar..
Kerana setiap kali saya hubungi..
Tidak ada jawaban...
Dan selalu menghindar...

Saat itu ..saya seperti pengemis ...
Yang Meminta minta duit saya sendiri...

Sampai disini..
Saya hanya ingin..
Kalian yang memiliki hutang..
Agar segera melunasinya...
Kerana..
Kekecewaan Orang yang kalian Hutangi. ...
Sama seperti yang saya alami...
Tatkala kalian Menunda nunda..
Dalam membayar hutang...

Hiduplah...
Dengan apa yang kalian Miliki...
Dan Jangan memaksakan diri..
Meraih Kemewahan..
Dengan menyusahkan orang lain..

SEDERHANA dengan HORMAT...

Jauh lebih MULIA...

Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..
#anumdarters 
Share:
Read More

22 Sep 2021

, , ,

JANGAN SUKA MENILAI ORANG

JANGAN SUKA MENILAI ORANG
Kita manusia banyak kekurangan. Kita bukan Tuhan yang boleh menilai baik buruk seseorang. Kita hanya pendosa tanpa noktah. Sudah sempurnakah kita hingga mampu menilai buruk orang?. Lebih baik fokus audit dalam diri, jangan sibuk jadi juruaudit hidup orang lain. Apabila kita selalu melihat keburukan orang lain lebih daripada keburukan diri sendiri, bermakna kita sedang menuju kehancuran hidup kita.

Perlu di ingat.. berilmu atau berlatar belakang baik bukan lesen untuk bersangka buruk dan memandang hina orang lain. Kita juga manusia yang tidak sempurna yang kadang2 tersalah sangka atau tersilap pandang terhadap orang lain juga. Maka perlulah tetapkan di dalam hati agar selalu Husnu Dzhon. Belajar menghormati orang lain dan lebihkan hargai diri sendiri. Berhentilah berbicara tentang hal orang lain. Di hari perhitungan kelak, kita akan sibuk dengan hal kisah hidup kita sendiri. 

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui, mungkin mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita. Takutilah pada orang yang diam saat kita sakiti. Jika mereka tak  berkata atau tak bertindak membalasnya, ALLAH lah yang akan membalasnya. Sentiasalah beristighfar dan memuji ALLAH dengan berzikir. Sama-sama kita muhasabah diri.
#anumdarters 
Share:
Read More

21 Sep 2021

, , ,

Tempat Favourite Jin

Dalam pemerhatian melalui pengalaman saya menghalau jin di rumah, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:

1. Di depan pintu tandas dan di dapur

Kenapa dengan tandas, itukan tempat dia. 

Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan sisa-sisa makanan kita seolah2 kita menyediakan makanan untuknya. Sebab itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan bekas2 makanan hendaklah terus dicuci sebaik sahaja selesai makanan melainkan kalau memang tuan rumah nak bela jin!

2. Depan Televisyen

Apa hubungan jin dengan Televisyen (TV)? Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya.

Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV!

3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakan

Kes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan manakala tingkat atas jarang orang masuk tidur dan solat serta jarang sekali dibersihkan dan disapu lebih2 lagi didalam bilik itu ada pelbagai peralatan seperti mesin jahit, tilam dsbnya 

kehadhiran syaitan2 itu dapat  dikenalpasti kerana apabila kita masuk itu, terasa panasnya lain macam dan kadang2 orang2 yang masuk kedalam bilik itu terasa ada semacam jarum menyucuk mana2 anggota badannya  dan bermimpi 

Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya begitu cantik.

4. Tempat yang ada alat muzik

Ada beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada.

5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatang

Banyak hadis nabi Muhammad s.a.wasallam  menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun ianya hanyalah  gambar keluarga yang menerima ijazah digantung. 

Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’  yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan. 

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu dibuang, barulah penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu dsbnya 

Dalam satu peristiwa, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis. Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar. 

Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya azimat miliknya. Kemudian saya neutralkan azimat itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis.

7. Rumah yang disimpan barang-barang lama

Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka seperti keris, lembing, tombak, pengacip pinang dsbnya 

8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosong

Jika rumah yang lama ditinggalkan kosong maka penghuninya bukanlah manusia  tetapi sebaliknya ianya akan dihuni oleh jin dan syaitan sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.wasallam yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan.

Cukuplah dahulu, lain kali saya tambah lagi ataupun tuan puan kongsikan pengalaman tuan puan untuk perkongsian kita  semua
Kredit: din dinz
#anumdarters 
Share:
Read More

10 Sep 2021

, , , ,

Tiada Paksaan Dalam Hidup

Memilih suami itu ibarat memilih akhirat kamu. Jadi pilih yang sebaik nya. Baik untuk dunia dan akhirat.

“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi 'magnet rezeki'.”

Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga. 

Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita. 

Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah. 

Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”

Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka. 

Kawan-kawan, 
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa. 

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”

Begitulah. 🦋🦋
#anumdarters
Share:
Read More
, , , ,

Selamat Pagi Jumaat

Assalamualaikum wbt
Doa pagi jumaat 

                               
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                             
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami sama ada yang kami ketahui ataupnn  tidak ketahui,  berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu.

Ya Allah terima kasih diatas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada kami sehingga hari ini.

Ya Allah kuatkan kami dengan Ibadah dan amalan yang baik, jauhkanlah kami dari melakukan dosa dan maksiat. Jadikan kami sebagai hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Mudah-mudahan hidup kami sentiasa berada dalam rahmat dan bimbinganMu.

Ya Allah jadikan hati kami lembut dalam menerima kebenaran.

Ya Allah jauhkan diri kami dari perbuatan yang akan mengeraskan hati kami, mudah-mudahan amal ibadah kami diterima disisiMu.

Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong terhadap sesama manusia.

Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tawadhu', mudah-mudahan kami menjadi insan yang saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan diri.

Ya Allah kurniakan kepada kami sifat malu yang dengannya kami dapat mentaati segala perintah Mu  dan dapat menjauhi segala laranganMu, moga moga sifat malu tersebut dapat menjuruskankan kami ke syurgaMu.

Ya Allah berilah kami kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan lindungilah semua insan yang kami sayangi.

Ya Allah ya Tuhan kami, kuatkanlah iman kami, tunjukkanlah jalan kepada kami untuk mendapatkan hidayah Mu. Mudah-mudahan kami menjadi insan yang taat kepada perintah Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami berdoa memohon keredhaanMu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami.

Ya Allah bukakanlah pintu hati kami bagi menerima segala kefahaman, curahkanlah hidayahMu agar dapat kami jadikan sebaik-baik penghayatan.

Ya Allah tunjukkan jalan yang benar untuk kami ikuti, jelaskan perkara yang bathil agar kami jauhi.

Ya Allah berilah kami sekeping hati yang selalu redha atas ketentuan Mu dan jauhkanlah diri kami dari sifat mementing diri sendiri.

Ya Allah jadikanlah keluarga kami permata dalam hidup kami, jauhkan  kami dari fitnah mereka. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

Ya Allah pada pagi yang tenang dan penuh baraqah ini, kami bermohon agar dipermudahkan semua urusan kami baik dalam urusan Agama, Dunia atau Akhirat.

Ya Allah berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami.

ُYa الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .        

                                          
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
#anumdarters
Share:
Read More