21 Sep 2021

, , ,

Tempat Favourite Jin

Dalam pemerhatian melalui pengalaman saya menghalau jin di rumah, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:

1. Di depan pintu tandas dan di dapur

Kenapa dengan tandas, itukan tempat dia. 

Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan sisa-sisa makanan kita seolah2 kita menyediakan makanan untuknya. Sebab itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan bekas2 makanan hendaklah terus dicuci sebaik sahaja selesai makanan melainkan kalau memang tuan rumah nak bela jin!

2. Depan Televisyen

Apa hubungan jin dengan Televisyen (TV)? Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya.

Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV!

3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakan

Kes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan manakala tingkat atas jarang orang masuk tidur dan solat serta jarang sekali dibersihkan dan disapu lebih2 lagi didalam bilik itu ada pelbagai peralatan seperti mesin jahit, tilam dsbnya 

kehadhiran syaitan2 itu dapat  dikenalpasti kerana apabila kita masuk itu, terasa panasnya lain macam dan kadang2 orang2 yang masuk kedalam bilik itu terasa ada semacam jarum menyucuk mana2 anggota badannya  dan bermimpi 

Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya begitu cantik.

4. Tempat yang ada alat muzik

Ada beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada.

5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatang

Banyak hadis nabi Muhammad s.a.wasallam  menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun ianya hanyalah  gambar keluarga yang menerima ijazah digantung. 

Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’  yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan. 

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu dibuang, barulah penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu dsbnya 

Dalam satu peristiwa, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis. Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar. 

Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya azimat miliknya. Kemudian saya neutralkan azimat itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis.

7. Rumah yang disimpan barang-barang lama

Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka seperti keris, lembing, tombak, pengacip pinang dsbnya 

8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosong

Jika rumah yang lama ditinggalkan kosong maka penghuninya bukanlah manusia  tetapi sebaliknya ianya akan dihuni oleh jin dan syaitan sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.wasallam yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan.

Cukuplah dahulu, lain kali saya tambah lagi ataupun tuan puan kongsikan pengalaman tuan puan untuk perkongsian kita  semua
Kredit: din dinz
#anumdarters 
Share:

4 ulasan:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih