Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

30 Jan 2024

, , ,

Beri ‘Diskaun’ Saman Kepada Warga Asing, Identiti Anggota Polis Sudah Dikenal Pasti

Assalamulaikum semua
Selamat Petang Selasa


Polis Perak mengesahkan pihak mereka sudah pun berjaya mengenal pasti identiti anggotanya yang didakwa meminta wang sebanyak RM100 daripada pasangan pelancong United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik beberapa hari lalu.

Siaran media akan dilakukan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, maklumat lanjut mengenai isu tersebut akan dimaklumkannya menerusi satu siaran media yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.

Kami sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media.

Mohd Yusri turut mendedahkan bahawa pasangan pelancong UK berkenaan bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian anggota polis yang didakwa menawarkan diskaun saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju kepada pasangan warga UK berkenaan.

Pasangan UK tersebut didakwa memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j) dan melebihi had laju ditetapkan di laluan tersebut iaitu 60 km/j.

Walau bagaimanapun, anggota polis berkenaan kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman daripada RM300 menjadi RM100, jika pasangan UK tersebut membayar terus kepadanya perlu membayar di balai polis.

Kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber: Harian Metro

 



Share:
Read More

27 Jun 2021

, ,

Sengaja Tolak Rakan Baik Jatuh Dari Jambatan, Gadis Ini Dipenjara 2 Hari & 38 Hari Lakukan Kerja Kebajikan

Assalamualaikum semua

Tidak sangka seorang rakan baik sanggup ‘tikam belakang’ rakannya sendiri apabila dipercayai Tay’lor Smith sengaja menolak rakannya jatuh dari sebuah jambatan dengan ketinggian 15 meter. Insiden ini berlaku pada sekitar bulan Ogos 2018 lalu dimana mereka telah ke Sungai Lewis di Moulton Falls Regional Park, Vancouver untuk tujuan bercuti bersama-sama.

Tolak jatuh dari jambatan

Memetik laporan abcnews, suspek Tay’lor Smith berusia 18 tahun ketika itu mengaku bersalah menolak mangsa Jordan Holgerson yang baru berusia 16 tahun ke dalam sebuah sungai dari jambatan Sungai Lewis dengan ketinggian 60 kaki. Susulan insiden tersebut, mangsa telah mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru, patah tulang rusuk dan lebam di badan.

Insiden tersebut sempat dirakam menggunakan sebuah telefon pintar salah seorang rakan mereka yang turut menyertai percutian ke tempat riadah itu. Malah, video insiden tersebut turut viral di platform media sosial sebelum diarahkan untuk diturunkan.

Semasa rakannya, Jordan Holgerson terlantar di hospital, suspek segera ke sana untuk melawat rakannya itu tetapi diusir oleh keluarga mangsa.

Mengakui tiada niat menolak

 

Foto sekadar hiasan

Ekoran insiden itu, Tay’lor Smith telah dihadapkan ke mahkamah bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Suspek pada awalnya mengakui tiada niat untuk menolak mangsa jatuh dari jambatan tersebut sebelum mengakui bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Daerah Darvin Zimmerman.

Suspek bagaimanapun merayu kepada pihak mahkamah supaya mengurangkan hukuman terhadap dirinya. Pihak mahkamah telah memutuskan hukuman penjara selama dua hari dan 38 hari kerja pembersihan alam perlu dilakukannya selepas dibebaskan dari penjara. Mangsa turut memberitahu ke pihak mahkamah, tindakan suspek itu adalah untuk membantunya mengatasi rasa takut dengan ketinggian dan tidak berniat untuk mencederakan.

Dia ingin melompat tapi pada masa yang saya dia berasa takut. Dia telah meminta saya untuk membantu dan memberi dorongan kepadanya. Saya tidak memikirkan akibatnya akan berlaku sedemikian.

Sumber: abcnews

 AnumDarters

Share:
Read More

24 Mei 2021

, , , ,

‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi, hari ini nak share kisah yang sangat menyentuh jiwa anum

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Luahan bapa undang sebak

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 7o lebih tahulah cara hidup macam mana.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

Sedihnya! 


Share:
Read More

11 Mei 2021

, , ,

Sentiasa Nampak Muda, Tak Sangka Amy Mastura Dah Masuk ‘5 Series’

Assalamualaikum semua
Ramadhan berbaki hanya 2 hari sahaja, sayu dan sedih 
pemergian ramadhan tahun ni, banyak kenangan suka dan duka kita dalam mengharungi covid19.
Hari ini nak share artis kesukaan Anum

Wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura kelihatan sentiasa muda tidak dimakan usia. Semalam, tanggal 10 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-50. Sudah tentu ramai peminat agak terkejut Amy Mastura sudah masuk ‘5 series’ tetapi penampilannya kelihatan jauh lebih muda.

Tak dimakan usia 

Amy Mastura Binti Suhaimi dilahirkan pada tanggal 10 Mei 1971 dan kini usianya sudah cecah 50 tahun. Dia mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama suami iaitu Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Amy Mastura menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan aktif pada sekitar tahun 1993 lagi. Sepanjang karier seninya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa buah album termasuk The Best of Amy Mastura (1998), Keunggulan Amy Mastura (2007) dan The Best of Amy Mastura II (2011).

Pencapaian sepanjang 28 tahun 

Bukan itu sahaja, Amy Mastura juga mempunya bakat dalam bidang lakonan. Antara filem yang telah dibintanginya adalah Tragedi Oktober (1996), Bintang Hati (2004), Aku Tak Bodoh (2010), Keluarga Iskandar The Movie (2020) dan banyak lagi.

Sepanjang 28 tahun dalam industri seni, Amy Mastura telah berjaya merangkul kira-kira lima kemenangan anugerah termasuk industri muzik dan bidang seni lakon. Antaranya ialah anugerah Cover Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14 menerusi filem Puteri Impian, Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Bintang Popular 1994 dan Juara kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 2000 menerusi lagi Bintang Hati.

Sentiasa nampak muda

Sumber: Amy Mastura


Share:
Read More

10 Mei 2021

, ,

Dilarang Rentas Daerah & Negeri

Berkuatkuasa Isnin ini (10 Mei), semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM, demikian diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penguatkuasaan itu meliputi kesemua negeri yang berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD), selama empat minggu sehingga 6 Jun.

“Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain itu turut tidak dibenarkan ialah majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan swasta.

Ismail Sabri berkata keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu.
— BERNAMA
#anumdarters 

Share:
Read More

4 Mei 2021

, ,

Main Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi 11 Bulan Maut Jatuh Tingkat 3

Assalamualaikum semua
Hari ini nak share kisah yang sedih serta perlu beringat ya semua

Di Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, seorang bayi berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya. Insiden itu dipercayai apabila bayi berkenaan bermain bersama-sama abang dan kakak di atas sebuah katil bersebelahan tingkap di bilik tidur utama.

Bermain bersama abang, kakak

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai telah menerima laporan kemalangan tersebut sekitar jam 6.00 petang sebelum pasukan polis dari Balai Polis Jinjang bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang.

Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.

Kecederaan di kepala

Ketua Polis Daerah Sentul melakukan siasatan lanjut dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian melibatkan bayi berusia 11 bulan itu. Bayi tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sumber: BH Online

Share:
Read More

28 Apr 2021

, ,

‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Colek Rela Masuk Penjara Daripada Bayar Kompaun RM50k

Selepas viral kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50 ribu kerana beroperasi lebih masa, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kelantan, turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama.


Hilang kata-kata 

Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Azizi yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan memberitahu bahawa dia terkejut apabila didatangi beberapa orang anggota polis, semalam. Tambahnya, anggota polis tersebut terus menulis kompaun dengan jumlah RM50 ribu bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama. Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur.

Ujarnya lagi, anggota polis tersebut tidak bertanyakan maklumat lanjut kepadanya dan isteri sebelum memberi kompaun.

Tidak mampu bayar 

Di samping itu, Azizi memberitahu dia mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah, selain perlu menanggung tiga anak saudara. Oleh itu, dia tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.

Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara. Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa. Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam.

Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu.

Disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, Azizi dipercayai sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat rayuan. Terdahulu, Ketua Polis Kelantan memaklumkan, pihaknya bakal mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger sebelum ini.

Sumber: Harian Metro



Share:
Read More

16 Apr 2021

, ,

Pukul ‘Bodyguard’ Sebab Puasa, Aktiviti Haram Majikan Terbongkar, 100kg Emas & Wang RM28.25 Juta Dirampas

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak share news yang mengempakkan seluruh Malaysia

Seramai lima individu termasuk majikan yang membelasah dan mengugut bunuh dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa dipercayai giat menjalankan aktiviti pinjaman wang secara haram dan perjudian online.

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Berpuasa Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu

Lebih mengejutkan apabila pihak polis berjaya merampas 100kg jongkong emas dan wang berjumlah hampir RM28.25 juta.

Sindiket haram terbongkar

Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti sindiket haram itu terbongkar selepas pihak polis melakukan serbuan dan menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek. Malaysiagazzete melaporkan, syarikat yang menjalankan sindiket haram itu dipercayai merupakan milik suspek utama iaitu ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Chueng berusia 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya juga telah menemui sebanyak 100 kilogram jongkong emas di rumah salah seorang suspek yang terletak di Bukit Tinggi. Bukan itu sahaja, mereka turut menemui dua rotan yang disyaki digunakan suspek untuk ‘membelasah’ dua orang bodyguard tersebut.

Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta.

Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.

Sumber: Sinar HarianMalaysiagezette

 AnumDarters

Share:
Read More

6 Apr 2021

,

Roadblock Akan Ditambah Menjelang Ramadan, Tidak Boleh Rentas Negeri

Assalamualaikum semua
Selamat pagi selasa
Pagi ni nak share berita ermmmmmmmmm

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya rata-rata antara kita ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa. Namun begitu, hasrat untuk pulang ke kampung perlu dilupakan oleh kerana negara kita masih berdepan dengan wabak Covid-19.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dikesan cuba merentas negeri bertujuan pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan.

Undang-undang terus diambil 

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya dan mana-mana individu yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

‘Kita akan tengok jumlah peningkatan kes’

Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP. Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya.

Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid- 19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR.

Sumber: Harian Metro


Share:
Read More

5 Apr 2021

,

‘Aku Sorang Ke Yang Nampak..’ – Rumah Kosong, Individu Cemas Pukul 2 Pagi Nampak ‘Wanita’ Tercegat Depan Tingkap Jiran

Assalamualaikum semua
Selamat Petang
Anum nak share kisah seram ni
Jom baca mana tau bleh hilangkan ngantuk kan

Gangguan makhluk halus atau jin bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah, kita perlu percaya dengan kewujudan makhluk ini.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada individu mendakwa melihat penampakan seorang ‘wanita’ berpakaian serba putih berada di bahagian tingkat atas rumah jirannya. Seram!

Nampak ‘wanita’ dalam rumah jiran

 

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Amyra Nadyaa telah berkongsi kisah seram yang berlaku di kawasan kejiranannya. Menerusi perkongsian di Twitter, gadis ini telah memuatnaik satu screenshot memaparkan perbualan beberapa individu di group Whatsapp.

Isu itu mula tercetus selepas seorang individu yang dikenali dengan nama Manasikana memaklumkan ada melihat seorang ‘wanita’ berada di dalam rumah jirannya. Dia kemudian telah menghantar gambar yang sempat diambilnya itu di Group Whatsapp. Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah siapakah gerangan wanita di sebalik tingkap itu sedangkan mereka difahamkan bahawa jirannya memang tiada di rumah.

‘Bini dia dengar perempuan nangis’



Perkongsian ini secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen. Malah, ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka.

Sumber: Amyra Nadyaa

AnumDarters

Share:
Read More
, ,

Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Pagi ni Anum nak share kisah sedih seorang ibu tunggal..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan kecekalan seorang ibu tunggal membesarkan 10 anak dalam serba kekurangan. Apa yang lebih meruntun hati, apabila keluarga ini dipercayai bakal ‘dihalau’ dari rumah yang disewa berikutan kegagalan membayarnya.

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Susulan apa yang telah terjadi, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Yang Berhormat (YB) Steven Chee Keong, menerusi satu posting di Facebook menceritakan telah menziarahi keluarga ini dan bantuan awal telah diberikan sebagai persiapan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Hidup serba kekurangan 

Menerusi posting tersebut, YB Steven, menceritakan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga ini yang menetap di Bukit Mertajam. Bahkan, menu nasi putih berlaukkan bawang ditambah kicap hitam dan kuah hari menjadi menu santapan utama mereka demi mengisi perut yang kelaparan.

 Saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa. Terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun pack dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Susulan mendengar kisah yang cukup menyayat hati ini, YB Steven selaku individu yang bertanggungjawab, telah membawa keluarga ini untuk membeli barang-barang bagi menampung kegunaan harian mereka sekeluarga.

Gaji tidak mencukupi

Lapor Harian Metro, wanita ini menjelaskan mereka sekeluarga bukan dihalau tetapi diminta keluar dari rumah berkenaan kerana pemilik sudah menjual kepada pembeli baru.

Saya tiada pilihan melainkan berpindah dan mencari penempatan lain. Tapi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah, ia tidak mencukupi untuk mencari kediaman baru.

Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 2011 dan wang itu yang digunakan untuk membayar sewa rumah. Apabila diminta keluar dari rumah sewa, saya jadi buntu kerana tiada simpanan untuk membayar wang pendahuluan.

Ujarnya lagi, walaupun anaknya turut membantu dalam mencari rezeki buat keluarga mereka namum, gaji yang diterima hanyalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian. Pada masa yang sama, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Steven, yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Jadi bagaimana kami mahu berpindah ke rumah baru. Mujurlah ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga.

Sumber: Steven Chee Keong Harian Metro


Share:
Read More

22 Mac 2021

Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut

Salam semua, tadi baru terdengar dr radio.. sedih sangat

kemalangan ini jom baca selanjutnya

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan bagi menggambarkan tragedi struktur besi ‘kren launcher’ pembinaan lebuh raya yang terjatuh di Persiaran Alam Damai Cheras.

Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga pekerja kontraktor warganegara China maut dan seorang pemandu kereta cedera parah.

Video kejadian

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah telah bergegas ke lokasi kejadian. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.45 pagi.

Sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya lagi, setibanya pasukan mereka di situ, struktur besi ‘kren kauncher’ pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza.

Kejadian melibatkan empat mangsa, pemandu kereta cedera parah kerana keretanya dihempap ‘kren launcher’. Manakala tiga mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai  tiga orang telah terjatuh dan telah disahkan meninggal dunia.

Manakala, seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pihaknya menjelaskan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Foto kejadian

Foto:Mohd Redzuan Abdul Manap

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap Sinar Harian


Share:
Read More

3 Tersepit, Kereta Remuk Teruk Berlanggar Dengan Lori Treler

Assalamualaikum semua

Selamat petang, lunch makan apa ?

ok nk share berita yang menyedihkan..

Satu kemalangan berhampiran Taman Pertanian, Kuantan Bypass mengakibatkan 3 orang cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka dikatakan bertembung satu sama lain. Dalam kejadian 8.00 pagi itu, sebuah treler dan sebuah kenderaan 4 roda dilihat remuk teruk.

Kemalangan teruk

Difahamkan tiga orang mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak Bomba Dan Penyelamat daerah Kuantan. Akibat kemalangan itu, aliran trafik sesak sehingga menyebabkan dua jam kenderaan terperangkap sejauh 1 kilometer.

Empat orang pegawai dan lima belas anggota dari balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota dibantu oleh Bomba Kuantan bersama 3 buah jentera FRT sampai di lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah kenderaan 4 roda. Terdapat 3 orang mangsa tersepit dan mengalami kecederaan.

Menurut pihak Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, pasukan mereka telah bertindak mengeluarkan mangsa-mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan bantuan sebuah kren untuk mengangkat bahagian kepala lori treler. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Buat masa ini tiada laporan tepat mengenai kejadian yang berlaku.

Gambar di lokasi

Kemalangan di Jalan Bypass Kuantan pagi ini

Posted by I ? PAHANG on Sunday, March 21, 2021


Share:
Read More

5 Mac 2021

, ,

Berang Panggilan Tak Dijawab, Ibu Cekik & Pijak Leher Sampai Anak Pengsan, Siap Video Call Suami Lagi!

Gara-gara berang kerana si suami tidak menjawab panggilan telefon, seorang wanita yang bergelar ibu tergamak mencekik dan memijak leher anak kandungnya. Namun apa yang paling tidak disangka-sangka, wanita ini turut melakukan aksi tidak berperikmanusiaan itu sambil video call suaminya. Memang kejam!

Dera sambil video call

Foto: Sin Chew Daily

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada World Of Buzz, rakaman video insiden yang menimpa kanak-kanak perempuan dari Thailand ini telah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Mereka tidak sangka, seorang ibu tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap anak kandungnya yang berusia tiga tahun.

Menurut sumber, wanita berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana berang si suami yang bekerja di Bangkok tidak menjawab panggilan telefonnya sebelum ini. Disebabkan itulah, wanita ini menggunakan anaknya sebagai ‘umpan’ untuk menakutkan serta membuatkan suaminya itu rasa bersalah.

Sampai pengsan dibuatnya

Foto: Sin Chew Daily

Wanita ini kemudian terus mendera anaknya secara fizikal sebaik sahaja selepas panggilan videonya dijawab oleh si suami. Dari dalam video turut kelihatan kanak-kanak malang itu sudah menangis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dicekik dan dipijak oleh si ibu.

Tetapi, wanita berkenaan langsung tidak menghiraukannya malah dia tergamak menyuruh anaknya melutut semata-mata mahu menaikkan kemarahan si suami. Namun, tidak lama kemudian, kanak-kanak itu pengsan dan tidak disedarkan diri.

Merayu dan minta maaf

Foto: Sin Chew Daily

Selepas menonton video tersebut di media sosial, keluarga suaminya telah menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian. Kanak-kanak itu kemudian diambil dan dijaga oleh keluarga suaminya.

Difahamkan juga, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak yang berusia satu tahun dan kini dijaga oleh ibu bapa wanita berkenaan. Wanita ini juga dikatakan telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas tindakannya itu tetapi keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya kepada kepada pihak berkuasa. Kes ini masih lagi dalam siasatan dan wanita terbabit telah didakwa kerana melanggar Akta Perlindungan Anak.

Sumber: World Of Buzz

Share:
Read More