Gara-gara berang kerana si suami tidak menjawab panggilan telefon, seorang wanita yang bergelar ibu tergamak mencekik dan memijak leher anak kandungnya. Namun apa yang paling tidak disangka-sangka, wanita ini turut melakukan aksi tidak berperikmanusiaan itu sambil video call suaminya. Memang kejam!
Dera sambil video call
Foto: Sin Chew Daily
Berdasarkan laporan yang dipetik daripada World Of Buzz, rakaman video insiden yang menimpa kanak-kanak perempuan dari Thailand ini telah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Mereka tidak sangka, seorang ibu tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap anak kandungnya yang berusia tiga tahun.
Menurut sumber, wanita berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana berang si suami yang bekerja di Bangkok tidak menjawab panggilan telefonnya sebelum ini. Disebabkan itulah, wanita ini menggunakan anaknya sebagai ‘umpan’ untuk menakutkan serta membuatkan suaminya itu rasa bersalah.
Sampai pengsan dibuatnya
Foto: Sin Chew Daily
Wanita ini kemudian terus mendera anaknya secara fizikal sebaik sahaja selepas panggilan videonya dijawab oleh si suami. Dari dalam video turut kelihatan kanak-kanak malang itu sudah menangis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dicekik dan dipijak oleh si ibu.
Tetapi, wanita berkenaan langsung tidak menghiraukannya malah dia tergamak menyuruh anaknya melutut semata-mata mahu menaikkan kemarahan si suami. Namun, tidak lama kemudian, kanak-kanak itu pengsan dan tidak disedarkan diri.
Merayu dan minta maaf
Foto: Sin Chew Daily
Selepas menonton video tersebut di media sosial, keluarga suaminya telah menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian. Kanak-kanak itu kemudian diambil dan dijaga oleh keluarga suaminya.
Difahamkan juga, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak yang berusia satu tahun dan kini dijaga oleh ibu bapa wanita berkenaan. Wanita ini juga dikatakan telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas tindakannya itu tetapi keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya kepada kepada pihak berkuasa. Kes ini masih lagi dalam siasatan dan wanita terbabit telah didakwa kerana melanggar Akta Perlindungan Anak.
Sumber: World Of Buzz
Marahkan suami, anak jadi mangsa... Manusia sekarang nie sukar diduga👆
BalasPadammacam2 kan amarah yg sgt bahaya
Padamishhhhh..apa ke bongok nau mak nya ni.
BalasPadamlempang sekali baru tau
bila x sedarkan diri ini la jadinya
PadamPenjarakan saja wanita mereng ni! Ibu kucing pun sygkan anak2nya.
BalasPadamermmm macam2 kan
Padamhuhuhu bini saperlar ni khannnns.,
BalasPadamkan kan
PadamApa ke teruk nya perangai seorang mak macam tu. Nak marah laki, marah laki jelah, janganl
BalasPadamntah la dunia skrg macam2
PadamApa ke teruk nya perangai seorang mak macam tu. Nak marah laki, marah laki jelah, janganlah dera anak macam tu
BalasPadambila iman tiada
PadamAllahuakbar..Apee teruk sgt perangai nih..manusia ke haiwan! xsukanyaa tgk berita mcm ni..huhuu
BalasPadamkejam kan
PadamApa nak jadi lah ni
BalasPadamhahaha
Padam