2 Mac 2021

, ,

Dah Tempah 35 Kotak Hadiah Untuk Doktor & Jururawat, Allahyarham Afiq Tak Sempat Tunai Hajat ‘Terakhir’


Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penerima hati pertama di Malaysia iaitu Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini. Allahyarham yang berusia 23 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 5 pagi tadi.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui Allahyarham Mohd Afiq sempat menempah 35 kotak hadiah untuk diberikan kepada doktor dan jururawat yang menjaganya selama ini.

Penerima hati pertama meninggal dunia

Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada 13 Februari lalu untuk menerima rawatan dan pada 2 Mac, dia disahkan meninggal dunia akibat mengalami komplikasi hati. Difahamkan, Mohd Afiq telah menjalani pembedahan menerima hati daripada penderma, Wan Mohd Hafizam ketika usianya baru sahaja mencecah 14 bulan.

‘Murni sungguh hatinya’

Terbaru, Wan Mohd Hafizam menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi hajat terakhir Allahyarham yang ingin memberi penghargaan dan membalas jasa petugas kesihatan yang banyak membantunya selama ini.

Allahyarham dikatakan sempat menempah dan membayar deposit 35 box surprise untuk diberikan pada bulan Mac ini. Tetapi siapa sangka, tidak sempat berbuat demikian, dia sudah dijemput Ilahi. Jelas Wan Mohd Hafizam lagi, dia akan cuba menunaikan hajat Allahyarham.

Sedih bila membaca coretan seseorang rakan IG yg hantar pada saya bekenaan Mohd Afiq Ikmal. Terima kasih para Dr dan jururawat yang merawat Afiq. Bbeliau belum sempat sampaikan hajat ini. InsyaAllah saya akan teruskan.

Sumber: Wan Mohd HafizamBerita Harian

Share:

0 Comments:

Catat Ulasan

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih