30 Apr 2021

, ,

Kisah Seekor Ular

Assalamualaikum semua
Seorang wanita melihat seekor ular hampir terbakar  dan langsung mengeluarkannya dari api.  Ketika dia melakukannya, ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan rasa sakit bisanya.  Wanita itu menjatuhkan ular itu, dan ular itu jatuh kembali ke dalam api. Dalam situasi menahan kesakitan, wanita itu terlihat sebatang logam yang panjang, tanpa berfikir dia menggunakannya untuk mengeluarkan ular itu dari api, menyelamatkan nyawanya. Terdapat seorang pemuda yang melihat kejadian tersebut, lalu mendekati wanita itu sambil berkata, "Ular itu menggigitmu. Mengapa engkau masih cuba untuk menyelamatkannya? " Wanita itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit, tetapi itu tidak akan mengubah sifat aku yang suka menolong." Pemuda itu terdiam seketika sambil terfikir kata2 wanita tadi. Jangan mengubah sifat mu hanya kerena seseorang membenci dan mrnyusahkan engkau. Jangan kehilangan hatimu yang baik, hanya kerena mereka yang berhati buruk, tetapi terus lakukan kebaikan..kebaikan sehingga tiada keburukan di hatimu lagi 😃
#anumdarters 
Share:
Read More
,

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum semua
Hari ini sunyi di office
Ramai yang amik cuti berikutan semalam public holiday kan

Ok hari ini nak join giveaway 
Lama rasanya Anum x join ya...

Syarat - syarat untuk join :

1. Copy banner diatas dan buat satu entri "GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM" 

2. Dalam artikel tu, boleh cerita Apa impian raya korang untuk tahun ni. kalau takda apa nak cerita, pun ok je hehehe

3. Kalau rajin, bolehla follow blog saya dan juga follow di media sosial yang lain. Kalau rajin lagi boleh la klikkan iklan di blog saya ><

4. Ok last, komen link penyertaan korang di ruangan komen entri ni!

Tarikh Penyertaan

20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)

 SANGAT MUDAH KAN 

SOALAN YANG PERLU DIJAWAB ADALAH 

Apa impian raya korang untuk tahun ni.

Impian Raya Anum pada tahun ini dapat berkumpul bersama adik beradik yang berada sekitar Kuala Lumpur & Selangor ini disebabkan masih PKPP dan larangan rentas negeri so hajat dan impian nak balik Kampung memang x kesampaian.. Sedih tau dah 2 Tahun x balik beraya bersama keluarga..

Sekarang x nak fikir sedih2 so kita berharap Kerajaan dapat benarkan rentas daerah pun dah bersyukur. Dengan itu dapat la kami adik beradik berkumpul sambil beraya .. Inshaallah

** sesi support rakan blogger...


Share:
Read More
, , ,

Ini Bagaimana Korang Boleh Jimat Sehingga 25% Untuk Pakej Percutian & Hotel. Senang Je!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Salam 18 Ramadhan semua
Pagi ini Anum nak share Pakej Percutian  & Hotel yang boleh jimat
Meh baca selanjutnya

Anum yakin mesti ada antara korang yang sedang merancang untuk menghabiskan cuti tahunan. Eloklah korang bercuti dan rehatkan minda sebelum menginjak ke tahun baru nanti. Yang penting, jaga SOP sepanjang percutian korang okay.

Bagi korang yang nak bercuti dan berjalan dalam negara, Anum ada berita baik untuk korang!

Tempah pakej percutian korang di MHholidays. Senang & jimat! 

Bermula Disember 2020, MHholidays yang juga cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines melancarkan produk terbarunya Trip and Tours bagi memenuhi keperluan perjalanan korang. Bukan saja pakej penerbangan dan hotel, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan aktiviti, tarikan dan pengalaman.

Selain itu, MHholidays memberikan penjimatan besar dan kemudahan tambahan merancang perjalanan korang. Tak kisahlah korang nak plan percutian akhir tahun atau tahun baru, MHholidays ada untuk korang! Ciri barunya yang fleksibel akan memudahkan korang untuk memperibadikan percutian.

Ada lebih 40,000 pilihan pengalaman perjalanan terbaik di seluruh dunia. Ini termasuk perjalanan, konsert, tarikan, muzium, dan lawatan di 1,000 bandar antarabangsa dan domestik di dalam dan di luar rangkaian syarikat penerbangan.

Pelancaran ini juga menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau yang diumumkan oleh kerajaan untuk menghidupkan semula sektor pelancongan domestik. Ada lebih 100 aktiviti dan tarikan baru yang ditawarkan di 12 bandar domestik yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines.

Banyak tempat best di Malaysia untuk korang terokai!

 

Antara lokasi yang ditawarkan MHholidays ialah Taman Laut Malaysia Barat di Pulau Payar, lawatan sehari ke Taman Kinabalu dan korang juga boleh mandi sulfur panas di Poring Hot Spring di Sabah.

Selain itu, korang boleh menghabiskan sepanjang hari melihat hidupan liar tempatan dan hutan hujan yang indah di Taman Negara Bako di Kuching, Sarawak.

MHholidays turut menawarkan pelbagai tiket taman tema seperti Sunway Lagoon, Taman Air Desaru Coast, Aquaria KLCC, Menara KL dan banyak lagi dengan pemindahan hotel pergi dan balik.

Korang juga boleh nikmati potongan harga hingga 25% untuk pakej bundle termasuk penerbangan, hotel dan aktiviti bila korang dapatkan pakej percutian dengan MHholidays. 

MHholidays juga ada tawaran hotel untuk korang! 

Kalau korang tengah mencari tempat penginapan untuk percutian, apa kata korang usha di MHholidays sebab mereka ada tawaran hotel terbaik.

Kuala Lumpur

Hotel Maya Kuala Lumpur – RM779 sebilik untuk 2 malam

Hotel Istana Kuala Lumpur – RM869 sebilik untuk 2 malam

Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection – RM979 sebilik untuk 2 malam

The RuMa Hotel and Residences – RM1,279 sebilik untuk 2 malam

Banyan Tree Kuala Lumpur – RM2,229 sebilik untuk 2 malam

Johor

KSL Resort – RM729 sebilik untuk 2 malam

Thistle Johor Bahru Hotel – RM759 sebilik untuk 2 malam

Pulai Springs Resort – RM889 sebilik untuk 2 malam

Hard Rock Hotel Desaru Coast – RM1,389 sebilik untuk 2 malam

Kuantan

The Kasturi – RM1,409 sebilik untuk 2 malam

The Zenith Hotel – RM1,859 sebilik untuk 2 malam

Pulau Pinang

Evergreen Laurel Hotel Penang – RM719 sebilik untuk 2 malam

Eastern and Oriental Hotel Penang – RM1,509 sebilik untuk 2 malam

G Hotel Gurney – RM1,449 sebilik untuk 2 malam

Lexis Suites Penang – RM1,319 sebilik untuk 2 malam

Hard Rock Hotel Penang – RM1,199 sebilik untuk 2 malam

Pulau Langkawi

Berjaya Langkawi Resort – RM1,009 sebilik untuk 2 malam

Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi – RM1,259 sebilik untuk 2 malam

The Danna Langkawi – RM1,669 sebilik untuk 2 malam

Vivanta Rebak Island, Langkawi – RM2,039 sebilik untuk 2 malam

Four Seasons Resort Langkawi – RM2,979 sebilik untuk 2 malam

Kota Bharu

Hotel Perdana Kota Bharu – RM789 sebilik untuk 2 malam

The Grand Renai – RM829 sebilik untuk 2 malam

Terengganu

The Taaras Beach & Spa Resort – RM3,799 sebilik untuk 2 malam

Jimat lebih banyak bila terbang bersama Malaysia Airlines 

Bagi menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau, Malaysia Airlines menawarkan program insentif khas untuk rakyat Malaysia bagi mempromosikan perjalanan domestik di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Korang akan menikmati insentif pakej rangsangan dalam bentuk tiket penerbangan bersubsidi untuk semua perjalanan domestik melalui Malaysia Airlines untuk perjalanan bermula dari 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021. Tapi, insentif ini tak terpakai untuk tempahan di MHholidays tau.

Ia tersedia secara eksklusif untuk semua tempahan yang dibuat melalui laman web Malaysia Airlines je. Di bawah program ini, korang boleh dapat potongan harga sehingga RM200 untuk kelas ekonomi Malaysia Airlines dan tambang biasa kelas perniagaan ke semua destinasi tempatan.

Korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk meneruskan tempahan. Sebagai hadiah, korang juga akan menerima 500 Bonus Enrich Miles yang akan dikreditkan setelah penerbangan selesai. Bestnya!!

Rancang percutian korang sekarang! 

Apa korang tunggu lagi tu? Layari MHholidays dan rancang percutian korang sekarang! Pastikan korang tak terlepas tawaran ini dan banyak lagi promosi eksklusif yang mereka ada, muat turun je aplikasi Malaysia Airlines hari ini!

Selamat bercuti-cuti Malaysia guys!

Share:
Read More

28 Apr 2021

, , , ,

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti!

Assalamualaikum semua
Selamat Petang
Hari ini nak masak apa utk berbuka..
Meh Anum share satu resepi

Pepes atau pepes ayam ini merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Ia dibungkus dalam daun pisang terlebih dahulu sebelum dibakar. Senang cerita, pepes ni lebih kurang macam otak-otak. Cuma bezanya, otak-otak dibuat menggunakan isi ikan dan kelapa parut sahaja.

Sempena bulan Ramadan ini, admin ingin berkongsi resepi pepes ayam yang sedap dan pasti buat korang ketagih nak lagi!

Bahan-bahan yang diperlukan

·         1 biji bawang besar

·         2 sudu teh ketumbar

·         1 sudu teh jintan manis

·         1 sudu teh jintan putih

·         5 tangkai cili kering

·         Sedikit halia

·         1 Inci kunyit hidup

·         Sedikit daun kunyit hiris halus

·         3 ulas bawang putih

·         3 batang serai

·         1 kotak santan

·         1 ketul kiub ayam

·         Garam dan gula secukup rasa

·         Sedikit minyak untuk menumis.

·         3 ketul dada ayam (dipotong kecil)

·         2 biji telur

Nota: Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis

Cara-cara untuk menyediakan pepes

Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan dan gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

Langkah seterusnya, kisar telur dan isi dada ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu tambah air.

Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi. Kemudian, campurkan bahan yang ditumis bersama ayam dan gaul sehingga sebati.

Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung. Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

Hasil yang telah dibungkus.

Kukus dan bakar

Langkah selanjutnya, kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan. Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.

Siap untuk dihidang

Nota: Buat korang yang tak ada daun pisang, korang boleh masukkan saja dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak. Dah siap baru potong dan bakar. Selamat mencuba!

Sumber: Rosmirah Yussof via Masak Apa Hari Ni

AnumDarters

Share:
Read More
, ,

‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Colek Rela Masuk Penjara Daripada Bayar Kompaun RM50k

Selepas viral kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50 ribu kerana beroperasi lebih masa, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kelantan, turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama.


Hilang kata-kata 

Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Azizi yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan memberitahu bahawa dia terkejut apabila didatangi beberapa orang anggota polis, semalam. Tambahnya, anggota polis tersebut terus menulis kompaun dengan jumlah RM50 ribu bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama. Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur.

Ujarnya lagi, anggota polis tersebut tidak bertanyakan maklumat lanjut kepadanya dan isteri sebelum memberi kompaun.

Tidak mampu bayar 

Di samping itu, Azizi memberitahu dia mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah, selain perlu menanggung tiga anak saudara. Oleh itu, dia tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.

Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara. Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa. Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam.

Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu.

Disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, Azizi dipercayai sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat rayuan. Terdahulu, Ketua Polis Kelantan memaklumkan, pihaknya bakal mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger sebelum ini.

Sumber: Harian Metro



Share:
Read More

23 Apr 2021

, , ,

Ramadhan Day 11

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau berikanlah kami ketenangan di setiap apa yang kami ingin lakukan pada hari ini. Semoga apa yang kami rancang dipermudahkan. 

Aamiin Ya Rabbal Alamin...🌹
#anumdarters❤ 
#blogger 
#ramadan2021 
#ramadhanday11
Share:
Read More

22 Apr 2021

, , ,

Ramadhan Day 10

🌺 Berkah Sahur, Berkah Puasa, Berkah Berbuka, Berkah Terawih, Semoga kita akan bertemu dengan malam LAILA TUL ❤️ QADAR 🌺

Aamiin...
#anumdarters❤ 
#blogger 
#ramadan2021 
#ramadhan 
Share:
Read More

21 Apr 2021

, ,

Ramadhan Day 9

Untukmu yang sedang menanti apapun itu, BERSABARLAH‼️ semoga yang terbaik akan tiba pada waktunya

🌸🌸🌸

Aamiin...
#anumdarters❤ 
#blogger 
#ramadan2021 
Share:
Read More

20 Apr 2021

, ,

Ramadhan Day 8

❤️ CINTAILAH ❤️ Pekerjaanmu, Walaupun tidak membuatmu kaya, tapi memberimu jalan hidup, biar sedikit asalkan halal serta akan membawa berkah

Aamiin...🌹

#anumdarters
Share:
Read More
, , , ,

OKAD EVENT SPACE

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi serta Selamat Berpuasa

Pagi ini Anum nak share satu tempat berbuka 
yang sangat indah deconya..
Nak tahu lebih lanjut jom baca selanjutnya
Iftar Ramadan serendah RM65 di venue taman fairy tales 
dengan 50 sajian aneka 
masakan kampung serta kuih muih 
tradisional tersedia untuk anda semua. 

Sabtu lalu Anum berkesempatan berbuka puasa di OKAD Event Space.











Aneka jenis air tersedia utk anda, 
tidak ketinggalan pencuci mulut serta lamb grill 
pastilah membuka selera anda semua apabila berkunjung ke sini. 











Anda tidak perlu risau kerana surau yang 
selesa dan boleh sambung tarawih di 
Masjid Bukit Jelutong di sebelah sahaja. 














Apa tunggu lagi.. Marilah berbuka puasa bersama keluarga atau rakan2 di 
OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor

Singgah sahaja ke FB OKAD Event Space  untuk update terkini. 

#bufetramadan #ramadanbuffet #bufetramadanshahalam #okadeventspaceshahalam 
#ramadan2021  #anumdarters #blogger #foodreview #okadeventspace
Share:
Read More