28 Apr 2021

, , , ,

Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti!

Assalamualaikum semua
Selamat Petang
Hari ini nak masak apa utk berbuka..
Meh Anum share satu resepi

Pepes atau pepes ayam ini merupakan hidangan yang berasal dari Jawa Barat, Indonesia. Ia dibungkus dalam daun pisang terlebih dahulu sebelum dibakar. Senang cerita, pepes ni lebih kurang macam otak-otak. Cuma bezanya, otak-otak dibuat menggunakan isi ikan dan kelapa parut sahaja.

Sempena bulan Ramadan ini, admin ingin berkongsi resepi pepes ayam yang sedap dan pasti buat korang ketagih nak lagi!

Bahan-bahan yang diperlukan

·         1 biji bawang besar

·         2 sudu teh ketumbar

·         1 sudu teh jintan manis

·         1 sudu teh jintan putih

·         5 tangkai cili kering

·         Sedikit halia

·         1 Inci kunyit hidup

·         Sedikit daun kunyit hiris halus

·         3 ulas bawang putih

·         3 batang serai

·         1 kotak santan

·         1 ketul kiub ayam

·         Garam dan gula secukup rasa

·         Sedikit minyak untuk menumis.

·         3 ketul dada ayam (dipotong kecil)

·         2 biji telur

Nota: Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis

Cara-cara untuk menyediakan pepes

Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan dan gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sampai bahan menjadi pekat.

Langkah seterusnya, kisar telur dan isi dada ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu tambah air.

Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi. Kemudian, campurkan bahan yang ditumis bersama ayam dan gaul sehingga sebati.

Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung. Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

Hasil yang telah dibungkus.

Kukus dan bakar

Langkah selanjutnya, kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan. Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat.

Siap untuk dihidang

Nota: Buat korang yang tak ada daun pisang, korang boleh masukkan saja dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak. Dah siap baru potong dan bakar. Selamat mencuba!

Sumber: Rosmirah Yussof via Masak Apa Hari Ni

AnumDarters

Share:

10 ulasan:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih