5 Apr 2021

, ,

Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Pagi ni Anum nak share kisah sedih seorang ibu tunggal..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang paling sesuai menggambarkan kecekalan seorang ibu tunggal membesarkan 10 anak dalam serba kekurangan. Apa yang lebih meruntun hati, apabila keluarga ini dipercayai bakal ‘dihalau’ dari rumah yang disewa berikutan kegagalan membayarnya.

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Susulan apa yang telah terjadi, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Yang Berhormat (YB) Steven Chee Keong, menerusi satu posting di Facebook menceritakan telah menziarahi keluarga ini dan bantuan awal telah diberikan sebagai persiapan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Hidup serba kekurangan 

Menerusi posting tersebut, YB Steven, menceritakan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga ini yang menetap di Bukit Mertajam. Bahkan, menu nasi putih berlaukkan bawang ditambah kicap hitam dan kuah hari menjadi menu santapan utama mereka demi mengisi perut yang kelaparan.

 Saya terima info ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tak mampu bayar sewa. Terus pergi ke sana dan mendapati mereka sudahpun pack dan duduk di luar rumah buntu sebab tak ada tempat nak pergi.

Ibunya Puan Ros ada 10 orang anak, paling kecil hanya berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah menangis terkenang nasib anak-anaknya. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan.

Susulan mendengar kisah yang cukup menyayat hati ini, YB Steven selaku individu yang bertanggungjawab, telah membawa keluarga ini untuk membeli barang-barang bagi menampung kegunaan harian mereka sekeluarga.

Gaji tidak mencukupi

Lapor Harian Metro, wanita ini menjelaskan mereka sekeluarga bukan dihalau tetapi diminta keluar dari rumah berkenaan kerana pemilik sudah menjual kepada pembeli baru.

Saya tiada pilihan melainkan berpindah dan mencari penempatan lain. Tapi dengan pendapatan bulanan sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan berhampiran rumah, ia tidak mencukupi untuk mencari kediaman baru.

Saya menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) sejak 2011 dan wang itu yang digunakan untuk membayar sewa rumah. Apabila diminta keluar dari rumah sewa, saya jadi buntu kerana tiada simpanan untuk membayar wang pendahuluan.

Ujarnya lagi, walaupun anaknya turut membantu dalam mencari rezeki buat keluarga mereka namum, gaji yang diterima hanyalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian. Pada masa yang sama, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada YB Steven, yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Jadi bagaimana kami mahu berpindah ke rumah baru. Mujurlah ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga.

Sumber: Steven Chee Keong Harian Metro


Share:

4 ulasan:

  1. Syukur ada yang sudi membantu. Semoga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Aaminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminnn kita x boleh nak buka blog awk x tau kenapa

      Padam
  2. Susah-susah Ai mencari sesuap nasi ada ramai yang jauh lagi susah.

    BalasPadam

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih