Memaparkan catatan dengan label world. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label world. Papar semua catatan

28 Apr 2021

, ,

‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Colek Rela Masuk Penjara Daripada Bayar Kompaun RM50k

Selepas viral kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50 ribu kerana beroperasi lebih masa, seorang lagi peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kelantan, turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama.


Hilang kata-kata 

Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Azizi yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang bulan Ramadan memberitahu bahawa dia terkejut apabila didatangi beberapa orang anggota polis, semalam. Tambahnya, anggota polis tersebut terus menulis kompaun dengan jumlah RM50 ribu bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama. Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur.

Ujarnya lagi, anggota polis tersebut tidak bertanyakan maklumat lanjut kepadanya dan isteri sebelum memberi kompaun.

Tidak mampu bayar 

Di samping itu, Azizi memberitahu dia mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah, selain perlu menanggung tiga anak saudara. Oleh itu, dia tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.

Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara. Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa. Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam.

Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu.

Disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, Azizi dipercayai sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat rayuan. Terdahulu, Ketua Polis Kelantan memaklumkan, pihaknya bakal mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger sebelum ini.

Sumber: Harian Metro



Share:
Read More

16 Apr 2021

, ,

Pukul ‘Bodyguard’ Sebab Puasa, Aktiviti Haram Majikan Terbongkar, 100kg Emas & Wang RM28.25 Juta Dirampas

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi
Hari ini nak share news yang mengempakkan seluruh Malaysia

Seramai lima individu termasuk majikan yang membelasah dan mengugut bunuh dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa dipercayai giat menjalankan aktiviti pinjaman wang secara haram dan perjudian online.

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Berpuasa Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu

Lebih mengejutkan apabila pihak polis berjaya merampas 100kg jongkong emas dan wang berjumlah hampir RM28.25 juta.

Sindiket haram terbongkar

Memetik laporan Sinar Harian, aktiviti sindiket haram itu terbongkar selepas pihak polis melakukan serbuan dan menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek. Malaysiagazzete melaporkan, syarikat yang menjalankan sindiket haram itu dipercayai merupakan milik suspek utama iaitu ahli perniagaan yang dikenali dengan nama Chueng berusia 43 tahun.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya juga telah menemui sebanyak 100 kilogram jongkong emas di rumah salah seorang suspek yang terletak di Bukit Tinggi. Bukan itu sahaja, mereka turut menemui dua rotan yang disyaki digunakan suspek untuk ‘membelasah’ dua orang bodyguard tersebut.

Kita juga merampas 12,500 keping not kertas AS$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM28.25juta.

Kita juga merampas sepucuk pistol bersama 10 butir peluru yang di bawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.

Sumber: Sinar HarianMalaysiagezette

 AnumDarters

Share:
Read More