29 Jan 2024

, ,

8 Lokasi Menarik Untuk Glamping Bersama Family & Rakan Di Malaysia. Memang Best!

Assalamualaikum semua
Lamanya kita x update dekat blog kita, memang dah bersawang guys...
Ok untuk pembukaan 2024 Jom Anum share dengan korang 8 lokasi menarik untuk habiskan masa bersama family & kawan2...

Anyway rindu pada si comel ni...

1. Gopeng Glamping Park

Gopeng Glamping Park terletak di LOT 10846, Jalan Besar, Kampung Chulek, Gopeng di Perak. Glamping ini menyediakan beberapa jenis kemudahan penginapan, ruang makan dan fasiliti termasuk aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik.

Di dalam sebuah khemah boleh memuatkan seramai empat orang tetamu. Lebih menarik lagi, di sini menyediakan perkhidmatan mendobi, WiFi, ruang parkir kenderaan secara percuma dan pakej sarapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang gopengglampingpark.com

2. Tadom Hills Resort

Jika anda pencinta aktiviti air, Tadom Hills Resort adalah destinasi percutian yang sesuai buat anda. Infrastuktur di sini diperbuat daripada kayu buluh yang akan memberikan anda sekeluarga rasa suhu sejuk semulajadi tanpa air-cond.


Tadom Hill Resort terletak di No.2, Jalan Bukit Tadom, (Kampung Orang Asli) Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor atau anda boleh layari tadomhillresort.com

3. A’moss Farmstay


Cameron Highlands merupakan destinasi pilihan warga kota kerana lokasinya yang dekat tetapi tampil dengan tarikan menarik seperti ladang teh, ladang strawberi dan sebagainya. Anda boleh menginap di A’moss Farmstay sekiranya makan angin di Cameron Highland.


Lokasinya terletak di Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

4. Chengal Hill Resort

Chengal Hill Resort ini terletak di kebun yang berkeluasan lima ekar dan di kawasan berketinggian 900 meter dari aras laut. Chengal Hill Resort menyediakan penginapan riverside chalet, dorm style chalet, water chalet, apachi, khemah camping dan glamping. Untuk aktiviti pula, anda boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ATV, menyewa 4WD untuk meneroka hutan di sekitar, berbasikal dan meredah hutan.


Chengal Hill Resort terletak di Bentong, Pahang dan anda boleh layari Chengal Hill Retreat untuk ketahui tawaran menarik lagi di sana.

5. Mongolian Yurt Sabah

Lepas ni tidak perlu lagi pergi bercuti ke Mongolia. Mongolian Yurt kan ada… Anda akan merasai pengalaman seakan-akan bercuti di luar negara, sedangkan di Sabah je. Mongolian Yurt ini terletak di Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge, Kundasang, Sabah.


Untuk aktiviti di sini, memerhati bintang adalah salah satu aktiviti yang tidak patut anda lepaskan. Pemandangan bintang berkelipan agak jelas sekitar pukul 11.00 malam dan ke atas. Memang best!

6. Ant Beach Camp


Ant Beach Camp adalah tapak perkhemahan yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai. Anda boleh menyewa khemah, hammock dan peralatan-peralatan perkhemahan lain untuk didirikan di sini.


Di kawasan perkhemahan ini juga turut disediakan sumber air dan tandas, jadi jangan risau tentang perkara-perkara kecil kalau bercadang nak ke sini. Ant Beach Camp terletak di Lot 3294, Kampung Mengabang Telung, 21030 Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu.

7. Kanopi Villa Janda Baik

Kanopi Villa Janda Baik ini terletak di dalam kawasan hutan hujan di kaki bukit Genting Highlands dan hanyalah 45 minit dari Kuala Lumpur. Bagi warga kota, kalau anda mengidamkan suasana tenang dan segar, tak perlu cari jauh-jauh.


Untuk aktiviti sepanjang penginapan pula, anda boleh menaiki ATV, memancing di kolam yang terletak bersebelahan dengan khemah, bermain permainan papan, berbasikal di trek-trek berdekatan ataupun trekking ke air terjun Bentong. Banyak sekali aktiviti menarik boleh dibuat bersama keluarga.


Kanopi Villa Janda Baik terletak di Lot 25929 Kg Janda Baik, off Genting Sempah, Bentong, Kampung Janda Baik, Pahang.

8. Sailor’s Rest Resort


Sailor’s Rest Resort ini terletak di dalam kawasan hutan Banjaran Titiwangsa yang berketinggian 600 meter dari aras laut. Penginapan yang ditawarkan di sini adalah rumah 3 bilik, rumah bot, chalet moden dan chalet kampung.


Selain itu, Sailor’s Rest Resort seronok untuk dijadikan kawasan percutian bersama keluarga kerana keindahan tamannya yang dipenuhi pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan yang menyegarkan pandangan. Lokasinya terletak di Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.


Selain menikmati pemandangan alam semulajadi, anda juga boleh menghirup udara segar dan lari dari kesibukan bandar. Ingat, bercuti di dalam negara adalah lebih baik!




Share:

0 Comments:

Catat Ulasan

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih