30 Jan 2024

, , ,

Beri ‘Diskaun’ Saman Kepada Warga Asing, Identiti Anggota Polis Sudah Dikenal Pasti

Assalamulaikum semua
Selamat Petang Selasa


Polis Perak mengesahkan pihak mereka sudah pun berjaya mengenal pasti identiti anggotanya yang didakwa meminta wang sebanyak RM100 daripada pasangan pelancong United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik beberapa hari lalu.

Siaran media akan dilakukan

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, maklumat lanjut mengenai isu tersebut akan dimaklumkannya menerusi satu siaran media yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.

Kami sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media.

Mohd Yusri turut mendedahkan bahawa pasangan pelancong UK berkenaan bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian anggota polis yang didakwa menawarkan diskaun saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju kepada pasangan warga UK berkenaan.

Pasangan UK tersebut didakwa memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j) dan melebihi had laju ditetapkan di laluan tersebut iaitu 60 km/j.

Walau bagaimanapun, anggota polis berkenaan kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman daripada RM300 menjadi RM100, jika pasangan UK tersebut membayar terus kepadanya perlu membayar di balai polis.

Kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber: Harian Metro

 



Share:

0 Comments:

Catat Ulasan

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih