29 Mac 2021

, , ,

Mertua & Suami

Assalamualaikum 
Anum share sedikit ilmu
➡Suami jika engkau telah menikah jangan pernah satukan istrimu dengan keluargamu karna jika engkau tidak bisa adil terhadap keduanya maka tanpa di sadari engkau bisa jadi anak durhaka & suami yang dzolim.

➡Wahai lelaki ketika engkau memutuskan menikah maka harus kamu sadari bahwa kamu mulai menciptakan keluarga baru yaitu kamu & istrimu bukan dengan orang tuamu atau orang tuanya karena mereka hanyalah bagian dari kehidupan baru yg kamu mulai karna hanya kamu & istrimu yg akan menjalaninya serta menciptakan sebuah keluarga.

➡Wahai mertua engkau pun harus menyadari ketika anak lelakimu menikah artinya dia akan menjadi pemimpin & imam dalam sebuah keluarga baru maka janganlah engkau turut campur kecuali dalam hal kebaikan. Engkau memang ibu dari anakmu tapi bukan berarti engkau harus turut adil dalam urusan keluarga mereka.

➡Mertua ...
Mertua jangan pernah engkau mengkritik segala kekurangan mantumu karna pastinya anak lelakimu juga punya kekurangan di mata istri & mertuanya. 

➡Jangan engkau katakan engkau tau segalanya tentang anak lelakimu, engkau hanya tau dia sebatas anak bukan suami dan anakmu pun memperlakukan engkau hanya sebatas ibu bukan istri.

➡Maka ketika anakmu menikah, istri yg lebih tau segala kekurangan anakmu, jangan engkau membicarakan kekurangan mantumu kepada orang lain karna mantumu pun bisa membuka segala kekurangan anakmu, ingat engkau hanya sebatas ibu bukan istri.

Mertua engkaupun pernah menjadi mantu maka engkaupun tau bagaimana jika kehidupan rumah tanggamu ada campur tangan mertua.

➡➡Mungkin engkau merasa berbuat baik kepada mereka tapi tidak bagi mereka, tugasmu hanya menasihati bukan mencampuri.

➡Hampir rata-rata mertua lelaki lebih banyak adil dalam rumah tangga mantunya, kenapa ? Karena hampir rata-rata ketika sang anak menikah maka sang mantu akan di bawa ke rumah mertua, karna sang anak lelaki lebih menafkahi di banding mantunya. 

➡Ibu mertua kaya sering membantu anaknya jadi merasa lebih berhak atas rumah tangga anaknya, ingatlah mertua jika engkau membantu rumah tangga anak bukan berarti engkau bisa seenaknya terhdap mantumu dan jangan jadikan mantumu menanggung utang budi kepadamu karena mantumu it adalah istri dari anakmu dan sudah kewajiban anak lelakimulah yang menafkahi tapi hampir rata-rata jika mertua membantu nafkah rumah tangga anak pasti mantulah yang di bebani karna mantu itu orang lain jadi di anggap sebagai penumpang bukan keluarga.

➡Jika mantu perempuanmu kaya dan dia lebih mampu menafkahi serta engkau ikut bersamanya apakah engkau sudi di perlakukan seenaknya hanya di karenakan engkau menumpang kepadanya atau anak lelakimu tidak di hormati karena nafkahnya tidak sebanding ? Pasti engkau sebagai mertua juga ingin di hormati maka itu hargailah menantu mu.

➡Wahai mertua jangan engkau bandingkan menantumu dengan menantu yang lain, apa kamu sudi di bandingkan dengan mertua yg lain, bisa jadi menantu orang lain baik karna mertuanya lebih menghargai sang mantu, maka jika kamu ingin menantumu baik & menghormatimu maka hargailah menantumu, ingatlah mertua memang tidak ada mertua durhaka tapi engkau mungkin termasuk mertua dzolim, jika terjadi perpecahan dalam rumah tangga anakmu apa lagi sampai terjadi perceraian maka engkau turut andil dalam dosa yang telah engkau perbuat, jika sang mantu menjadi durhaka terhadap anakmu maka engkau juga menanggung dosa atas perbuatanmu, bisa jadi engkaulah yg menyebabkan mantumu menjadi durhaka terhadap anakmu.

➡Hati-hati para mertua jika engkau tidak ridho pada anakmu dan anakmu tidak ridho pada istrimu dan mantumu tidak ridho pada anak-anaknya, apa yg kamu harapkan lagi kecuali saling mendzolimi.

➡Wahai mertua jika engkau mempunyai anak perempuan maka ingatlah bahwa suatu saat anak perempuanmu akan menjadi menantu orang lain, apa engkau ikhlas anak perempuan mu di perlakukan sama seperti engkau memperlakukan menantumu, apa engkau ikhlas melihat anak perempuanmu yang ingin pindah dari rumah mertua tapi suaminya tidak di ridhoi ibunya untuk keluar dari rumahnya ?
Berlaku baiklah kepada menantumu agar anak-anak mu pun di perlakukan baik oleh mertuanya

TIDAK SEMUA MERTUA SAMA👌

Sumber : Sajak Islam
#anumdarters 
Share:
Read More

26 Mac 2021

, ,

Salam Jumaat

Lebih baik sibuk baiki diri sendiri dari sibuk komen pasal hidup orang lain, Lebih baik urus diri sendiri dari sibuk urusan orang lain 😊

Setuju?
#anumdarters 
Share:
Read More

25 Mac 2021

24 Mac 2021

23 Mac 2021

, , ,

PANDUAN LENGKAP PINDAHMILIK HARTANAH

PANDUAN LENGKAP PINDAHMILIK HARTANAH

Assalamualaikum semua, disebabkan Anum skrg dah bekerja dengan PTGS so Anum nak share ilmu ya..

*Tak baca rugi.. dah baca boleh kongsi..

Masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memohon penukaran pindahmilik hartanah tanpa perlu menggunakan khidmat Ejen Hartanah.

Jika anda diberikan sesuatu hartanah oleh ahli keluarga atau sesiapa sahaja, anda boleh menukar hak pemilikan hartanah tersebut dengan sendiri bagi menjimatkan kos.

Tahukah anda, sesuatu dokumen hak pemilikan atau geran hartanah adalah seperti Kad Pengenalan / Sijil Surat Beranak.

Penama yang tercatat dalam geran adalah pemilik hak mutlak hartanah walaupun bayaran telah dibuat atau hartanah diusahakan oleh individu lain.

Sekiranya pembelian menggunakan pinjaman bank atau tanah tersebut masih digadaikan oleh pihak bank, kebiasaannya melibatkan urusan bersama peguam.

Bagi hartanah atau rumah yang berstatus Strata atau bukan hartanah Standard, ianya berbeza dan mengambil masa kerana melibatkan permohonan kebenaran dari Kerajaan negeri. Setiap negeri mungkin berbeza dari segi syarat-syaratnya.

Secara umumnya, urusan penukaran atau pemindahan Hakmilik di Malaysia diuruskan di Pejabat Tanah dan Daerah / Galian di Malaysia.

Terdapat 3 langkah prosedur pindahmilik;

(i) Proses Penyaksian

(ii) Proses Taksiran Duti Setem LHDN

(iii) Proses Pendaftaran / Geran di Pejabat Tanah

 

(i) PROSES PENYAKSIAN

Proses penyaksian adalah menggunakan Borang 14A Kanun Tanah Negara (PINDAHMILIK TANAH / BAHAGIAN / PAJAKAN) yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Tanah. Borang ini perlu diisi oleh penama pembeli / penerima dan penjual / pemberi yang tercatat nama dalam geran.

Proses penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam (dikenakan bayaran) atau pegawai Pentadbir (percuma).

Jikalau geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu, penyaksian mestilah di hadapan pegawai pentadbir tanah. Paling penting pembeli / penerima dan penjual / pemberi mestilah hadir bersama semasa penyaksian dalam borang ini dilakukan.

Semasa kaedah penyaksian dilakukan, pastikan beberapa dokumen penting dibawa sekali. Dokumen tersebut adalah;

a) Kad Pengenalan kedua belah pihak.

b) Geran Hakmilik ASAL.

c) Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAT HITAM SAHAJA). Tidak boleh dipadamkan dengan liquid.

d) Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan hartanah Rezab Melayu.

e) Surat Pemegang Amanah (jika berkaitan).

f) Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik /Gadaian jika geran tercatat adanya Sekatan-Sekatan Kepentingan atau Kaveat.

Selepas kesemua lampiran di atas telah disemak dan disahkan benar, borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh pembeli / penerima dan penjual / pemberi serta peguam / pegawai Pentadbir Tanah.

Info tambahan: Bawa bersama Borang Taksiran LHDN untuk ditandatangani oleh pembeli / penerima.

.............................................................................

(ii) PROSES TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN

===================================

Proses Penyaksian dan proses Taksiran Duti Setem ini boleh dilakukan pada hari atau masa yang sama. Tetapi proses ke-2 ini mengambil masa kebiasaannya 1-2 minggu untuk selesai.

Proses taksiran memerlukan pembeli / penerima dan penjual / pemberi mengisi dan menandatangani Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik Hartanah (Borang PDS 15).

Proses tandatangan hendaklah dilakukan semasa pembeli / penerima berkumpul untuk menandatangani Borang 14A.

Borang PDS 15 ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau wakil ke pejabat LHDN.

.............................................................................

 

Dokumen penting yang perlu diserahkan adalah;

1) Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli / penerima dan penjual / pemberi (Pastikan alamat surat-menyurat pembeli / penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut).

2) Salinan Borang 14A.

3) Salinan Geran.

4) Salinan Kad Pengenalan semua pembeli  penerima dan penjual / pemberi.

Setelah ianya diserahkan, anda perlu menunggu surat Notis Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang menyebut berapa nilai harga duti setem yang anda perlu bayar kepada LHDN. Surat tersebut akan sampai kepada anda dalam tempoh 1-2 minggu selepas penyerahan.

Anda juga boleh menyemak status sama ada taksiran hartanah tersebut sama ada sudah selesai atau belum secara talian atau online di laman web Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan memasukkan no. adjudikasi atau No. kad pengenalan anda untuk mengetahui status.

Kiraan jumlah Duti Setem LHDN yang dikenakan untuk pemindahan Hakmilik hartanah adalah seperti berikut

Nilai Taksiran Peratusan Duti Setem;

- RM 100,000 pertama 1%

- RM 100,001 hingga 500,000 2%

- RM 500,001 dan ke atas 3%

Rujuk kalkulator pengiraan di sini: http://www.jpph.gov.my/V2/kira_dutisetem.php?versi=2

.............................................................................

Seterusnya anda dikehendaki membayar Duti Setem di pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.

Duti Setem boleh juga dibayar secara online dengan mencatatkan No. adjudikasi taksiran tersebut. Anda boleh mencetak Sijil Setem untuk diserahkan kepada Pejabat Tanah nanti.

Sekiranya berlaku kelewatan pembayaran, anda dikenakan penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada nilai Duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas tempoh masa untuk setem.

Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut.

Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda lagi. Sebaiknya setelah menerima surat tersebut, segeralah membuat bayaran Duti Setem (penyeteman).

Info Tambahan: Semasa menunggu surat notis taksiran LHDN ni tiba, pembeli / penerima dan penjual / pemberi boleh menguruskan dokumen-dokumen lain yang diperlukan dalam proses ke-3 nanti.

Antaranya adalah bil bayaran Cukai Tanah Tahun Semasa dan Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat / resit pengesahan Majlis Perbandaran.

Lebih banyak dokumen perlu disediakan jika pindah Hakmilik melibatkan hartanah syarikat, pertubuhan, Pemegang Amanah, Surat Kuasa, Pihak berkuasa negeri (low cost), gadaian dan kaveat.

.............................................................................

(iii) PROSES PENDAFTARAN / GERAN DAN PEJABAT TANAH

=======================================

Proses ini dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di mana Hakmilik hartanah tersebut dikeluarkan.

Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada pihak Pejabat Tanah sebelum Geran baru / perubahan dikeluarkan / dilakukan. Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.

Dokumen asas yang perlu diserahkan adalah seperti berikut;

a) Borang 14A asal.

b) Hakmilik / Geran asal.

c) Sijil Setem LHDN.

d) Notis Taksiran LHDN asal.

e) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli / penerima.

f) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual / pemberi.

g) Salinan resit / bil Cukai Tanah Tahun Semasa.

h) Salinan resit / bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran.

 

Cukai Tanah Tahunan Semasa boleh disemak di Pejabat Tanah. Cukai-Cukai Taksiran (Pintu) Tahunan Semasa pula boleh diambil di Majlis Daerah / Bandaran.

Jika hartanah tersebut belum dikenakan Cukai Pintu, sila dapatkan surat pengesahan tersebut daripada Majlis Daerah / Bandaran.

.............................................................................

Sekiranya pindah Hakmilik melibatkan hartanah tertentu atau individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan. Iaitu;

a) Sijil Kelahiran pembeli / penerima - jika melibatkan Tanah Rezab Melayu.

b) Surat Pemegang Amanah (jika melibatkan bahagian tanah tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur).

c) Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah (jika melibatkan kuasa tertentu).

d) Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (jika melibatkan pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah).

e) Surat Kebenaran Pemegang Gadaian - jika melibatkan hartanah yang masih digadai

f) Surat Kebenaran Pemegang Kaveat (jika melibatkan hartanah yang ada sekatan Kaveat).

g) Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan (jika pindah milik melibatkan suami isteri).

h) Salinan Sijil Kelahiran (jika pindah Hakmilik melibatkan anak-beranak / adik-beradik).

i) Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat (lebih banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), memorandum serta Article).

j) Jika pindak Hakmilik melibatkan pertubuhan (lebih banyak dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK, Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan).

Setelah dokumen-dokumen disemak olejlh pegawai Pejabat Tanah, anda dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran pindah Hakmilik yang jumlahnya (bagi negeri Selangor) adalah seperti berikut :

Nilai Taksiran Jumlah Bayaran;

√ RM50, 000 pertama = RM50

√ RM50, 001 - RM200, 000 = RM200.00

√ RM200, 001 - RM500, 000 = RM400.00

√ RM500, 000 - RM1, 000,000 = RM500.00

√ Melebihi RM1, 000,000 = RM1, 500.00

.............................................................................

Harus diingatkan, penyerahan kesemua dokumen dalam proses ke-3 ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 BULAN dari tempoh Penyaksian Borang 14A.

Jika penyerahan dokumen dalam proses ke-3 ini dilakukan selepas 3 bulan dari tempoh penyaksian, anda akan dikenakan penalti 1x ganda daripada nilai bayaran pendaftaran pindak Hakmilik di atas.

Setelah pembayaran dibuat, anda akan diberikan resit dan Penyata Perserahan pejabat tanah. Serahkan kepada pegawai pejabat tanah untuk direkodkan dan anda boleh pulang ke rumah. Dalam tempoh 3 hingga 7 hari Hakmilik / geran yang baru akan dikeluarkan.

Sebagai penerima / pembeli atau wakil (perlukan surat wakil) bolehlah datang bersama Penyata Perserahan untuk mengutip Hakmilik / Geran baru tersebut.

Perlu diingatkan juga bahawa denda pungutan lewat (kecuali Hakmilik Strata) sebanyak RM100.00 akan dikenakan jika pungutan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran pindah Hakmilik.

√ Proses penyaksian (1 hari)

√ Proses notis Duti Setem (10 - 14 hari)

√ Proses pendaftaran / Geran (3 - 7 hari)

.............................................................................

Sekiranya anda membuat pindah Hamilik melalui khidmat peguam, anda akan dikenakan Fi & Caj Yuran Guaman.

Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj yang akan dikenakan ke atas pembeli;

Jenis;

Duti Setem Perjanjian Jual Beli

Kadar:

- 1% ke atas RM100, 000 pertama

- 0.5% untuk RM4, 900,000 seterusnya

Jenis;

Duti Setem Perjanjian Pembiayaan

Kadar:

- 0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1, 000

Jenis;

Duti Setem Pindah Hakmilik

(untuk rumah sudah siap sahaja)

Kadar:

- 1% ke atas RM100, 000 pertama

- 2% untuk RM400, 000 seterusnya

Fi Guaman:

RM150, 000 pertama - 1%

RM150, 001 hingga RM850, 000 - 0.7%

RM850, 001 hingga RM2, 000,000 - 0.6%

Atas RM 2,000,000 - 0.5%

Duti Setem;

RM100, 000 pertama - 1%

RM100, 001 hingga RM500, 000 - 2%

Selepas RM500, 000 - 3%

Lain-Lain Kos:

Fi Setem (Setiap dokumen) = RM10 - RM20

Akuan Bersumpah = RM30 - RM50

Carian Tanah = RM60 - RM120

Fi Pendaftaran = RM100



AnumDarters
Share:
Read More
,

Selamat Pagi Selasa

👳‍♂️Jangan merasa diri lebih baik & alim dari orang lain, Kerana kita tak tahu siapakah yang lebih baik & lebih alim di mata Allah, hanya Allah yang berhak menilainya 🤲
#anumdarters 
Share:
Read More

22 Mac 2021

Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut

Salam semua, tadi baru terdengar dr radio.. sedih sangat

kemalangan ini jom baca selanjutnya

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan bagi menggambarkan tragedi struktur besi ‘kren launcher’ pembinaan lebuh raya yang terjatuh di Persiaran Alam Damai Cheras.

Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga pekerja kontraktor warganegara China maut dan seorang pemandu kereta cedera parah.

Video kejadian

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah telah bergegas ke lokasi kejadian. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.45 pagi.

Sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya lagi, setibanya pasukan mereka di situ, struktur besi ‘kren kauncher’ pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza.

Kejadian melibatkan empat mangsa, pemandu kereta cedera parah kerana keretanya dihempap ‘kren launcher’. Manakala tiga mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai  tiga orang telah terjatuh dan telah disahkan meninggal dunia.

Manakala, seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pihaknya menjelaskan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Foto kejadian

Foto:Mohd Redzuan Abdul Manap

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap Sinar Harian


Share:
Read More

3 Tersepit, Kereta Remuk Teruk Berlanggar Dengan Lori Treler

Assalamualaikum semua

Selamat petang, lunch makan apa ?

ok nk share berita yang menyedihkan..

Satu kemalangan berhampiran Taman Pertanian, Kuantan Bypass mengakibatkan 3 orang cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka dikatakan bertembung satu sama lain. Dalam kejadian 8.00 pagi itu, sebuah treler dan sebuah kenderaan 4 roda dilihat remuk teruk.

Kemalangan teruk

Difahamkan tiga orang mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak Bomba Dan Penyelamat daerah Kuantan. Akibat kemalangan itu, aliran trafik sesak sehingga menyebabkan dua jam kenderaan terperangkap sejauh 1 kilometer.

Empat orang pegawai dan lima belas anggota dari balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota dibantu oleh Bomba Kuantan bersama 3 buah jentera FRT sampai di lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah kenderaan 4 roda. Terdapat 3 orang mangsa tersepit dan mengalami kecederaan.

Menurut pihak Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, pasukan mereka telah bertindak mengeluarkan mangsa-mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan bantuan sebuah kren untuk mengangkat bahagian kepala lori treler. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Buat masa ini tiada laporan tepat mengenai kejadian yang berlaku.

Gambar di lokasi

Kemalangan di Jalan Bypass Kuantan pagi ini

Posted by I ? PAHANG on Sunday, March 21, 2021


Share:
Read More

20 Mac 2021

,

Selamat Berhujung Minggu

Terkumpulnya keburukan dalam diri kita adalah mungkin disebabkan oleh selalu memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah orang lain itu dari sisi baiknya, InsyaAllah semoga kebaikannya itu akan terkumpul pada diri kita.

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

19 Mac 2021

,

Ramadhan

Ramadhan sudah di ambang pintu, Ya Allah limpahkan Rahmat-Mu, buat kami, moga dapat Sahur, Puasa, Terawih, untuk Mu, dalam bulan yang PENUH RESTU

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

18 Mac 2021

,

Kejujuran

Harta boleh digali, tapi kalau tiada KEJUJURAN, Habislah Rumah Tangga 🤵‍♂️🧕, kerana Duit boleh dicari ✨✨ tapi KEJUJURAN itu tak dapat 
dijual beli

Setuju?
#anumdarters 
Share:
Read More

16 Mac 2021

,

Doa Hari ini

Doa Kita Hari ini, Ya Allah temukan kami Hari ini dengan takdir² yang BAIK & jauhkan kami dari takdir² yg BURUK

 Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

15 Mac 2021

, ,

Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim

Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim...

Memutuskan hubungan kekeluargaan seorang isteri dgn suami, seorang ibu dgn anak, seorang abg dgn adik atas asbab tidak suka, tidak sefahaman, dengki, iri hati, perebutan harta dan hal2 yg berkaitan keduniaan hukumnya berdosa besar...

Org yg bertanggungjawab memutuskan hubungan ini akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan hidupnya tidak akan mendapat rahmat Allah s.w.t...

Dosanya akan dipercepatkan oleh Allah dgn memberi siksaan kpdnya ketika didunia lagi...doanya tidak dikabulkan dan dia takkan masuk syurga...

Antara bentuk hukuman org yg memutuskan silaturahim ialah hatinya tidak tenang, rezekinya sempit, kehidupannya tak pernah lepas drpd ujian Allah s.w.t, dia tidak disukai manusia dan pertolongan Allah jauh daripadanya...

Adik beradik bergaduh berebut harta sehingga tidak bertegur sapa...ipar dan biras mengadu domba sehingga mertua memulaukan menantunya...isteri menjauhkan suami kerana tidak sebulu dan serasi dgn mertua... 

Apa saja perbuatan khianat, sifat mazmumah, fitnah, umpatan, hasutan terhadap seseorang sehingga terputusnya hubungan silaturahimnya dgn seseorang yg lain asbab perbuatan kita tu, maka kita lah org yg tidak akan masuk syurga dan akan mendapat balasan ketika masih bernyawa...

Insaflah, bertaubatlah, mohonlah kemaafan dari Allah s.w.t...jgn ambik mudah, jgn anggap benda ni xde apa2...rugi dan sia2 amalan dan bekalan yg kita kumpul andai kitalah penyebab silaturahim seseorang itu terputus...

Renung-renungkan dan semoga bermanfaat...🙂
Kredit : Firdaus Shakirin
#anumdarters 
Share:
Read More
, ,

Salam Isnin

Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang.

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

14 Mac 2021

, ,

Ramadhan 2021

30 hari menuju Ramadhan 1442H/2021.

Semoga kita akan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini serta sama-sama dapat memeriahkan Masjid mahupun Surau untuk melaksanakan solat Terawih. Amin.
#anumdarters 
Share:
Read More

12 Mac 2021

, ,

Sabar

ORANG yang bersabar dalam KEPAHITAN hidup, suatu saat nanti PASTI dia akan mendapatkan manisnya KEBAHAGIAAN

🌼🌼🌼

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

11 Mac 2021

9 Mac 2021

,

Selamat Pagi Selasa

Tabah menjalani
Sabar menghadapi
Adalah orang² yang sedang diuji 
Dan Allah SWT telah menyediakan balasan yg paling indah untuknya
🌸🌸🌸

Aamiin...


Share:
Read More

8 Mac 2021

,

Cara Daftar Vaksin Secara Online Tanpa Guna Aplikasi MySejahtera, Boleh Buatkan Untuk Ibu Bapa Di Kampung

Assalamualaikum semua

Pagi ini nak share info

Sekadar Gambar Hiasan

Umumnya, mengetahui suntikan vaksin Covid-19 sudah mula diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam fasa satu yang melibatkan petugas barisan hadapan (frontliners). Manakala, fasa kedua dan fasa ketiga akan diberikan secara berperingkat menerusi jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, penerima vaksin perlu mendaftarkan diri mereka menerusi aplikasi MySejahtera bermula 23 Februari yang lalu.

Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac

Artikel Berkaitan: Covid-19 Diramal Berlarutan Selama 7 Tahun Sehingga 2028

Artikel Berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Namun, timbul kegusaran dalam kalangan golongan emas terutamanya, yang tidak mempunyai akses terhadap aplikasi MySejahtera bagi melayakkan diri mereka bagi menerima vaksin.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut masih mempunyai akses untuk mendapatkan vaksin dengan hanya perlu mendaftarkan diri menerusi portal vaksin Covid-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Hanya isi maklumat diri

Foto: Tangkap layar portal pendaftaran vaksin Covid-19

Menerusi laman web tersebut, pengguna hanya perlu mengisi maklumat diri seperti namanombor kad pengenalanalamate-mel, dan beberapa soalan perakuan tentang sejarah kesihatan lampau.

Portal tersebut boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web vaksin Covid-19. Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus mengajukan masalah anda menerusi platfom yang tertera.

Terdahulu, YB Khairy Jamaluddin, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bagi menyelaras program pemberian vaksin ini kepada orang ramai.

Terdapat tiga fasa yang melibatkan tiga kategori yang berbeza, bermula dengan petugas barisan hadapan, diikuti golongan yang berisiko tinggi, dan akhir sekali individu yang berusia 18 tahun ke atas.

Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 #KitaJagaKita #PatuhSOP #HapusCovid19.

Sumber: Vaksin Covid-19

Share:
Read More
,

Salam Isnin

Tadahkan kedua tanganmu 🤲, tundukkan kepalamu 🙇, luruskan niatmu 🙏, ikhlaskan hatimu ❤️, Insya Allah akan ijabah Do'amu

Aamiin...🌹
#anumdarters 
Share:
Read More

7 Mac 2021