22 Mac 2021

Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut

Salam semua, tadi baru terdengar dr radio.. sedih sangat

kemalangan ini jom baca selanjutnya

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan bagi menggambarkan tragedi struktur besi ‘kren launcher’ pembinaan lebuh raya yang terjatuh di Persiaran Alam Damai Cheras.

Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga pekerja kontraktor warganegara China maut dan seorang pemandu kereta cedera parah.

Video kejadian

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah telah bergegas ke lokasi kejadian. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.45 pagi.

Sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.

Ujarnya lagi, setibanya pasukan mereka di situ, struktur besi ‘kren kauncher’ pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza.

Kejadian melibatkan empat mangsa, pemandu kereta cedera parah kerana keretanya dihempap ‘kren launcher’. Manakala tiga mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai  tiga orang telah terjatuh dan telah disahkan meninggal dunia.

Manakala, seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pihaknya menjelaskan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Foto kejadian

Foto:Mohd Redzuan Abdul Manap

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap Sinar Harian


Share:

0 Comments:

Catat Ulasan

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih