4 Mei 2021

, , , ,

Berubah ke arah kebaikan

Baik buruk kita sebagai suami, hanya isteri kita seorang sahaja yg tahu...
Ayah kita tak tahu, mak kita tak tahu, adik beradik kita pun tak tahu...

Kita buat baiklah mcm mana pun pada org diluar, kita pijak semut xmati sekalipun, lidah tak bertulang dan nmpk mulia di mata masyarakat sekeliling kita pun, tapi kalau kat rumah kita dgn isteri tu sebaliknya, maka kita ni adalah seorang yg "munafik"...

Dgn isteri sendiri lain, dgn org luar lain...

Klu nak baik, buat baik pada keluarga sendiri dulu, anak isteri kita...itu yg paling afdhal dan utama...org yg baik pd keluarga dia, insyaAllah akan baik terhadap mereka yg berada di sekelilingnya...

Tapi org yg baik terhadap org sekelilingnya, belum tentu lagi baik terhadap keluarganya...

Dgn kawan ckp elok2, tapi dgn isteri ckp tinggi suara, tengking2...dgn adik beradik sendiri boleh melawak bergurau senda, tapi dgn isteri serius sepanjang masa...dgn mak bapak sendiri boleh hormat dan buat apa yg mak bapak suruh, tp dgn isteri sendiri, tak nak hormat dan x nak dgr ckp isteri...

Isteri nampak tingkah laku kita, isteri tahu pembawakan diri kita tu berbeza...kita bukan org yg sama diluar dan didlm rumah...

Suruh solat pun liat, tapi di kampung solat tepat waktunya...nafkah pun xbagi, tapi rajin belanja kwn2 mkn...tolong org sana sini, tp isteri mintak tolong disuruh buat sendiri...sentiasa selesaikan masalah org lain, tapi masalah dirumah sendiri pura2 xtahu...

Kalaulah kan isteri tu nak berterus terang bgtau smua org sikap dan perangai kita yg SEBENAR, boleh je dia buat...tapi, apa yg dia dapat? dia akan dituduh membuka aib suaminya...

Dia hanya nak suami dia itu adalah org yg sama baik didlm atau diluar rumah...dia hanya nak suami dia seperti diri suaminya di depan mak bapak, adik beradik, kwn2 dan org2 lain...

Dia tak nak suami dia jadi "munafik"... 

Kredit :.Fiirdaus Syakirin
#anumdarters 
Share:

2 ulasan:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih