12 Jan 2021

, ,

Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf

Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf.

 Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadilatnya.    Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah iman. Ayat ini diturunkan setelah hijrah.

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt Tsabit menulis serta menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan
darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

#anumdarters 
Share:

2 ulasan:

  1. byk manfaat ayat ringkas ni, kan.
    ni la bacaan paling kerap aida baca kan :)
    terutama lepas solat fardhu.

    BalasPadam

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih