Rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeza-beza. Tak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri dan lebih menjengkilkan apabila ada antara kita yang suka sangat membanding-banding.
Rezeki yang Allah beri pada kita adalah pinjaman semata-mata. Rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain, sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain.
Janganlah riak dan janganlah terlalu kedekut untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah.
Aamiin...❤️
#anumdarters
0 Comments:
Catat Ulasan
Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih