22 Feb 2021

, , ,

Wahai Isteri

Wahai isteri, Layanlah suami dengan baik... Tawan hati mereka supaya suami gembira... Buatlah kerana Allah... Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu... Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar...

Maafkanlah kekurangan mereka... kerana dunia ini bukan tempat tinggal kamu... Syurga tempat tinggal kamu yang sebenarnya... Jagalah solat awal waktu... Walau apapun terjadi... Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid...

Jagalah aurat kerana Allah... Jaga aurat bukan kerana kamu baik... Tapi ia perintah Allah... Apalah makna cantik jika kamu dibenci oleh Allah... Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kamu...

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia... Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah... Untuk umat... Untuk umat selamat dari neraka... Takpelah dunia ini kamu kurang sikit... Syurga semakin dekat... Dunia ini sekejap sahaja...

Wahai isteri solehah, Kamulah harta paling bernilai... Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu... Untuk isteri seperti kamu... Tiada ucapan melainkan pasti redha dari suamimu membuatkan Allah redha padamu dan Syurga Firdaus lah tempat kamu...
Abadi selamanya.....
Kredit : نور شانتي
#anumdarters 
Share:

4 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita semua akan menjadi isteri yang baik. Aaminn

    Ehh anum dah tukar url blog ke? Baru perasan. Maaf, lama tak singgah blog Anum. Alhamdulillah anum pun dah berubah dengan imej baru. Semoga terus istiqomah :)

    BalasPadam

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih