1 Jul 2021

, ,

Tips Kurangkan Sampah

Kadang-kadang, kita terpaksa buang daun sup, daun kari, daun bawang, kucai, daun pandan, daun limau purut, serai, lengkuas atau halia selepas beberapa hari membeli kerana ia sudah layu dan tak segar.

Ini semua membazir. Membazir kan amalan syaitan :(

Jadi apa cara untuk memanjangkan hayat mereka? Mudah saja.

1. Terus basuh selepas membeli.
2. Potong-potong menjadi kecil dan masukkan dalam plastik (pastikan pakai plastik lama ya 😉)
3. Terus simpan di bahagian pembeku (tak perlu isi air macam dalam gambar poster ya 😅)

Apabila anda bekukan daun sup, daun kari, daun bawang, kucai, daun pandan, daun limau purut, serai, lengkuas atau halia, ia akan tahan berbulan-bulan!

Anda pun tak perlu bazir duit dengan membuang barangan yang tak dipakai. Sampah pun menjadi kurang. Kebersihan bumi pun terpelihara.

Perkara ini mungkin nampak kecil. Tapi bak kata pepatah orang tua - sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Amalan kecil ini jika semua orang amalkan, besar impaknya!
Share:

8 ulasan:

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih