3 Jan 2022

, , ,

Jadi "wanita baru" 2022

Jadi "wanita baru" 2022.

Perubahan dalam kehidupan tidak akan berlaku tanpa adanya perubahan dalam diri. 
Moga untuk tahun 2022 ini, kita menjadi wanita yang lebih matang dalam fikiran. Tidak mudah menggunakan emosi sendiri dalam mengawal suasana. Berlapang dada untuk setiap kesalahan orang dan bijak dalam menerima kelebihan orang.

Moga tahun 2022 ini, kita menjadi wanita yang lebih berdamai dengan siapa kita. Mula meneroka kelebihan yang kita ada, juga mula berdamai dengan kekurangan yang kita punya. Mensyukuri kelebihan itu ketenangan untuk jiwa kita. Sungguh!

Moga tahun 2022 ini, kita menjadi wanita yang lebih menjaga diri. Menjaga apa yang kita makan, apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar juga apa yang kita cakap. Menjaga kesihatan badan yang dianugerahkan tuhan dengan seeoloknya. Pesan bonda. "Jadikan makanan sebagai ubat, bukan ubat sebagai makanan."

Moga tahun 2022 ini, kita menjadi wanita yang menjaga amal ibadah kita. Menjaga amal fardu juga menambah amalan sunat. Menjaga hubungan dengan sekeliling kita, memaafkan bagi yang melukai, menghargai yang masih setia. Ternyata, bahagia itu tidak sesusah yang kita sangka.

Moga tahun 2022 ini, kita menjadi wanita yang suka mencari ilmu. Mengisi masa dengan kegiatan berfaedah. Mengisi masa dengan membaca, mendengar tausiah juga perkara yang membangunkan diri kita. Ilmu itu gerbang kepada kehidupan.

Untuk kisah 2021, terima kasih untuk semuanya. Hari ini kita belajar, melepaskan luka 2021, kerana banyak bahagia yang sedang menanti untuk 2022.

Akhirnya, kita akan faham, ternyata perubahan kehidupan bermula dengan perubahan diri. 

Begitulah.

Kredit: AfifahAlwi
#anumdarters
Share:

4 ulasan:

  1. amin ya mujib =) ju dtg blogwalking lepas lama menyepi dan bsawang =D Happy new year sis !

    BalasPadam
  2. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin ya Rabbal Aalamiin.. Semoga kita semua menjadi lebih matang dalam kehidupan ini...

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru 2022 kak Anum.
    Semoga kita sentiasa perbaiki diri jadi yang lebih baik.

    BalasPadam
  4. nice words, Anum. love every words dlm ni.
    yes. moga kita jadik muslimah yg sempurna, kan.
    yg lepas yg dilupakan, dikenang sebagai pengajaran & kenangan abadi.
    thn ni baru bermula. indahnya pasti kita yg akan cipta.

    BalasPadam

Suka tak dengan N3 saya, kalau suka dan rasa terhibur boleh la tinggalkan komen anda.. Terima kasih