30 Apr 2021
GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM
Syarat - syarat untuk join :
1. Copy banner diatas dan buat satu entri "GIVEAWAY
RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM"
2. Dalam artikel tu, boleh cerita Apa impian raya
korang untuk tahun ni. kalau takda apa nak cerita, pun ok je hehehe
3. Kalau rajin, bolehla follow blog saya dan juga follow di
media sosial yang lain. Kalau rajin lagi boleh la klikkan iklan di blog saya
><
4. Ok last, komen link penyertaan korang di ruangan komen
entri ni!
Tarikh Penyertaan
20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)
Apa impian raya korang untuk tahun ni.
Impian Raya Anum pada tahun ini dapat berkumpul bersama adik beradik yang berada sekitar Kuala Lumpur & Selangor ini disebabkan masih PKPP dan larangan rentas negeri so hajat dan impian nak balik Kampung memang x kesampaian.. Sedih tau dah 2 Tahun x balik beraya bersama keluarga..
Sekarang x nak fikir sedih2 so kita berharap Kerajaan dapat benarkan rentas daerah pun dah bersyukur. Dengan itu dapat la kami adik beradik berkumpul sambil beraya .. Inshaallah
** sesi support rakan blogger...
Ini Bagaimana Korang Boleh Jimat Sehingga 25% Untuk Pakej Percutian & Hotel. Senang Je!
Anum yakin mesti ada antara korang yang sedang merancang
untuk menghabiskan cuti tahunan. Eloklah korang bercuti dan rehatkan minda
sebelum menginjak ke tahun baru nanti. Yang penting, jaga SOP sepanjang
percutian korang okay.
Bagi korang yang nak bercuti dan berjalan dalam negara, Anum ada berita baik untuk korang!
Tempah pakej percutian korang di MHholidays. Senang & jimat!
Bermula Disember 2020, MHholidays yang juga cabang operasi
pelancongan Malaysia Airlines melancarkan produk terbarunya Trip and Tours bagi
memenuhi keperluan perjalanan korang. Bukan saja pakej penerbangan dan hotel,
mereka juga menawarkan pelbagai pilihan aktiviti, tarikan dan pengalaman.
Selain itu, MHholidays memberikan penjimatan besar dan
kemudahan tambahan merancang perjalanan korang. Tak kisahlah korang nak plan percutian
akhir tahun atau tahun baru, MHholidays ada untuk korang! Ciri
barunya yang fleksibel akan memudahkan korang untuk memperibadikan percutian.
Ada lebih 40,000 pilihan pengalaman perjalanan terbaik di
seluruh dunia. Ini termasuk perjalanan, konsert, tarikan, muzium, dan lawatan
di 1,000 bandar antarabangsa dan domestik di dalam dan di luar rangkaian
syarikat penerbangan.
Pelancaran ini juga menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan
Domestik Zon Hijau yang diumumkan oleh kerajaan untuk menghidupkan semula
sektor pelancongan domestik. Ada lebih 100 aktiviti dan tarikan baru yang
ditawarkan di 12 bandar domestik yang diterbangkan oleh Malaysia Airlines.
Banyak tempat best di Malaysia untuk korang terokai!
Antara lokasi yang ditawarkan MHholidays ialah Taman
Laut Malaysia Barat di Pulau Payar, lawatan sehari ke Taman Kinabalu dan korang
juga boleh mandi sulfur panas di Poring Hot Spring di Sabah.
Selain itu, korang boleh menghabiskan sepanjang hari melihat
hidupan liar tempatan dan hutan hujan yang indah di Taman Negara Bako di
Kuching, Sarawak.
MHholidays turut menawarkan pelbagai tiket taman tema
seperti Sunway Lagoon, Taman Air Desaru Coast, Aquaria KLCC, Menara KL dan
banyak lagi dengan pemindahan hotel pergi dan balik.
Korang juga boleh nikmati potongan harga hingga 25% untuk
pakej bundle termasuk penerbangan, hotel dan aktiviti bila korang
dapatkan pakej percutian dengan MHholidays.
MHholidays juga ada tawaran hotel untuk korang!
Kalau korang tengah mencari tempat penginapan untuk
percutian, apa kata korang usha di MHholidays sebab mereka ada tawaran hotel
terbaik.
Kuala Lumpur
Hotel Maya Kuala Lumpur – RM779 sebilik untuk 2 malam
Hotel Istana Kuala Lumpur – RM869 sebilik untuk 2 malam
Hotel Stripes Kuala Lumpur, Autograph Collection –
RM979 sebilik untuk 2 malam
The RuMa Hotel and Residences – RM1,279 sebilik untuk 2
malam
Banyan Tree Kuala Lumpur – RM2,229 sebilik untuk 2
malam
Johor
KSL Resort – RM729 sebilik untuk 2 malam
Thistle Johor Bahru Hotel – RM759 sebilik untuk 2 malam
Pulai Springs Resort – RM889 sebilik untuk 2 malam
Hard Rock Hotel Desaru Coast – RM1,389 sebilik untuk 2
malam
Kuantan
The Kasturi – RM1,409 sebilik untuk 2 malam
The Zenith Hotel – RM1,859 sebilik untuk 2 malam
Pulau Pinang
Evergreen Laurel Hotel Penang – RM719 sebilik untuk 2
malam
Eastern and Oriental Hotel Penang – RM1,509 sebilik
untuk 2 malam
G Hotel Gurney – RM1,449 sebilik untuk 2 malam
Lexis Suites Penang – RM1,319 sebilik untuk 2 malam
Hard Rock Hotel Penang – RM1,199 sebilik untuk 2 malam
Pulau Langkawi
Berjaya Langkawi Resort – RM1,009 sebilik untuk 2 malam
Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi –
RM1,259 sebilik untuk 2 malam
The Danna Langkawi – RM1,669 sebilik untuk 2 malam
Vivanta Rebak Island, Langkawi – RM2,039 sebilik untuk
2 malam
Four Seasons Resort Langkawi – RM2,979 sebilik untuk 2
malam
Kota Bharu
Hotel Perdana Kota Bharu – RM789 sebilik untuk 2 malam
The Grand Renai – RM829 sebilik untuk 2 malam
Terengganu
The Taaras Beach & Spa Resort – RM3,799 sebilik
untuk 2 malam
Jimat lebih banyak bila terbang bersama Malaysia Airlines
Bagi menyokong inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon
Hijau, Malaysia Airlines menawarkan program insentif khas untuk rakyat Malaysia
bagi mempromosikan perjalanan domestik di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia.
Korang akan menikmati insentif pakej rangsangan dalam bentuk
tiket penerbangan bersubsidi untuk semua perjalanan domestik melalui Malaysia
Airlines untuk perjalanan bermula dari 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.
Tapi, insentif ini tak terpakai untuk tempahan di MHholidays tau.
Ia tersedia secara eksklusif untuk semua tempahan yang
dibuat melalui laman web Malaysia
Airlines je. Di bawah program ini, korang boleh dapat potongan harga
sehingga RM200 untuk kelas ekonomi Malaysia Airlines dan tambang biasa kelas
perniagaan ke semua destinasi tempatan.
Korang hanya perlu mendaftar sebagai ahli Enrich untuk
meneruskan tempahan. Sebagai hadiah, korang juga akan menerima 500 Bonus Enrich
Miles yang akan dikreditkan setelah penerbangan selesai. Bestnya!!
Rancang percutian korang sekarang!
Apa korang tunggu lagi tu? Layari MHholidays dan rancang percutian korang sekarang! Pastikan
korang tak terlepas tawaran ini dan banyak lagi promosi eksklusif yang mereka
ada, muat turun je aplikasi Malaysia Airlines hari ini!
Selamat bercuti-cuti Malaysia guys!
Salam 18 Ramadhan 2021
28 Apr 2021
Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbuka Nanti!
Pepes atau pepes ayam ini merupakan hidangan yang berasal
dari Jawa Barat, Indonesia. Ia dibungkus dalam daun pisang terlebih dahulu
sebelum dibakar. Senang cerita, pepes ni lebih kurang macam otak-otak. Cuma
bezanya, otak-otak dibuat menggunakan isi ikan dan kelapa parut sahaja.
Sempena bulan Ramadan ini, admin ingin berkongsi resepi
pepes ayam yang sedap dan pasti buat korang ketagih nak lagi!
Bahan-bahan yang diperlukan
·
1 biji bawang besar
·
2 sudu teh ketumbar
·
1 sudu teh jintan manis
·
1 sudu teh jintan putih
·
5 tangkai cili kering
·
Sedikit halia
·
1 Inci kunyit hidup
·
Sedikit daun kunyit hiris halus
·
3 ulas bawang putih
·
3 batang serai
·
1 kotak santan
·
1 ketul kiub ayam
·
Garam dan gula secukup rasa
·
Sedikit minyak untuk menumis.
·
3 ketul dada ayam (dipotong kecil)
·
2 biji telur
Nota: Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk
menumis
Cara-cara untuk menyediakan pepes
Tumis bahan yang diblender sampai naik bau. Masukkan santan
dan gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak
sampai bahan menjadi pekat.
Langkah seterusnya, kisar telur dan isi dada ayam yang telah
dipotong tadi. Tak perlu tambah air.
Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi. Kemudian, campurkan
bahan yang ditumis bersama ayam dan gaul sehingga sebati.
Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 inci. Letak
satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung. Steplerkan bahagian hujung
supaya tak terbuka.
Hasil yang telah dibungkus.
Kukus dan bakar
Langkah selanjutnya, kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15
minit. Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan. Pepes yang
dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan
bolehlah di angkat.
Siap untuk dihidang
Nota: Buat korang yang tak ada daun pisang, korang boleh
masukkan saja dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai
masak. Dah siap baru potong dan bakar. Selamat mencuba!
‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Colek Rela Masuk Penjara Daripada Bayar Kompaun RM50k
Selepas viral kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun
RM50 ribu kerana beroperasi lebih masa, seorang lagi peniaga colek di Kampung
Chekok Tengah, Kelantan, turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama.
Hilang kata-kata
Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Azizi yang berniaga colek pada
sebelah malam sepanjang bulan Ramadan memberitahu bahawa dia terkejut apabila
didatangi beberapa orang anggota polis, semalam. Tambahnya, anggota polis
tersebut terus menulis kompaun dengan jumlah RM50 ribu bagi kesalahan
beroperasi lebih masa.
Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang
perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan
berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan
kampung.
Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup
kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian
dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu
dan sudah tentu mengambil masa agak lama. Pada masa sama saya sedang
menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur.
Ujarnya lagi, anggota polis tersebut tidak bertanyakan
maklumat lanjut kepadanya dan isteri sebelum memberi kompaun.
Tidak mampu bayar
Di samping itu, Azizi memberitahu dia mempunyai lima orang
anak yang masih bersekolah, selain perlu menanggung tiga anak saudara. Oleh
itu, dia tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.
Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya
tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih
memilih untuk masuk penjara. Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya
dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai
mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa. Cuma
setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada
waktu malam.
Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga
tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami. Saya juga
berharap ada pihak yang tampil membantu.
Disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,
Azizi dipercayai sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat
rayuan. Terdahulu, Ketua Polis Kelantan memaklumkan, pihaknya bakal
mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap
tiga peniaga termasuk peniaga burger sebelum ini.
Sumber: Harian Metro
Ramadhan Day 16
23 Apr 2021
Ramadhan Day 11
22 Apr 2021
21 Apr 2021
20 Apr 2021
Ramadhan Day 8
OKAD EVENT SPACE
♥About Me♥
♥Followers♥
♥My Blog List♥
♥Label♥
♥Blog Archive♥
-
▼
2021
(173)
-
▼
April
(25)
- Kisah Seekor Ular
- GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM
- Ini Bagaimana Korang Boleh Jimat Sehingga 25% Untu...
- Salam 18 Ramadhan 2021
- Resepi Pepes Ayam Yang Mudah & Sedap Sempena Berbu...
- ‘Hilang Kata-Kata & Tak Boleh Tidur’ – Peniaga Col...
- Ramadhan Day 16
- Ramadhan Day 11
- Ramadhan Day 10
- Ramadhan Day 9
- Ramadhan Day 8
- OKAD EVENT SPACE
- Ramadhan 6
- OKAD Event Space
- Pukul ‘Bodyguard’ Sebab Puasa, Aktiviti Haram Maji...
- Ramadhan Day 4
- Kisah mengenai semut
- Kurma Percuma
- Ramadhan Day 3
- Ramadhan Day 2
- Selamat Pagi Khamis
- Nah, Ini Sebabnya Kenapa Setiap Rumah Kena Ada 3 P...
- Roadblock Akan Ditambah Menjelang Ramadan, Tidak B...
- ‘Aku Sorang Ke Yang Nampak..’ – Rumah Kosong, Indi...
- Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Unda...
-
▼
April
(25)