10 Mei 2022

, , ,

Berbagai Ragam Manusia

Tak dinafikan ada orang yang merasa diri dia terpaling baik, terpaling bagus, terpaling suci berbanding orang lain. 
Hanya kerana dia mengambil jalan yang berbeza, dialah sebaik-baik manusia.

Jangan begitu kawan. Jangan sesekali merasa diri lebih baik dari orang lain. Jangan sesekali.

Ingat kembali sejarah kenapa iblis dicampak keluar dari syurga.

Ada yang upload gambar sebagai tanda kenangan, ada yang upload kerana ingin meraikan, ada yang upload kerana bersyukur dapat berkumpul kembali bersama-sama yang tersayang. 

Jika ianya dalam keadaan beradab dan menutup aurat, apa salahnya? Adakah berdosa?

Apa yang halal di alam nyata, ianya halal di alam maya.

Jika dia menutup aurat dengan sempurna di alam nyata, dan begitu juga di alam maya, maka tiada salahnya.

Cuma dalam keadaan zaman fitnah ini, disaran untuk kurangkan meletak gambar bagi tujuan keselamatan. Itu saja...

Kita yang merasa diri terpaling suci berbanding orang lain, dah cermin diri atau belum?

Orang upload gambar untuk berkongsi kegembiraan, kita? Sibuk mencari keburukan orang...

Nasihat tak salah, nasihatlah dengan baik. Bukan dengan cara seolah-olah kitalah yang paling bagus, kitalah yang paling suci.

Sekian, luahan perasaan.

#anumdarters
#RnaLife
Share:
Read More

9 Mac 2022

, , , , , ,

DOA HARI RABU

❤️🕋DOA HARI RABU🕋❤️

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ

Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali Engkau,Engkau yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali Engkau” (HR. Bukhari no. 6306)

Ya Allah bantulah aku mengingatimu, mensyukuri nikmatmu dan memperbaiki ibadah kepada mu.

Ya Allah kurniakanlah kami kemampuan untuk beribadah dan solat di dalamnya, kurniakan kami didalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lalu lindungilah kami didalamnya dari berbagai fitnah.

Aamiin...🌹
Share:
Read More

28 Feb 2022

, , ,

Salam Terakhir Febuari 2022

Alhamdulillah. Terbit sudah fajar hari ini dan kita masih bernafas lagi. Umur kita dilanjutkan lagi. Masih bersama insan yang disayangi. Masih meneruskan kehidupan kembali. Moga kita sentiasa mensyukuri atas peluang dan kesempatan yang diberi oleh pencipta kita…Ya illahi.
.
🌺 Assalamualaikum 🌺 , 
.
💙 Salam subuh dan Salam Kegembiraan 💙
.
.
#indahhidupjikamensyukuri 
#anumdarters
Share:
Read More

24 Feb 2022

, , ,

SINGKIRKAN ORANG NEGATIF

SINGKIRKAN ORANG NEGATIF

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang2 negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.

Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. Singkirkan, kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.

Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.

Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak suka. Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat apa.

#anumdarters
Share:
Read More

8 Feb 2022

, , ,

Pengajaran Dari Adik Rayyan Morocco

Pengajaran Dari Adik Rayyan Morocco
1. Syurga itu mahal. Ia untuk mereka yang kuat sahaja. Budak kecil, tiada kekuatan, tiada akal fikiran waras, diuji Allah terperangkap selama 5 hari di dalam pergi sempit sedalam 30 meter. Anak yang tak punya dosa pun perlu melalui ujian berat ini untuk ke syurga. Maka apatah lagi kita yang dewasa. Harus lebih kuat, jangan terperangkap dengan nafsu dan syaitan.

2. Mati itu benar. Seluruh dunia datang menyelamatkan, mendoakan, memberikan bantuan, namun jika sampai masanya, tiada siapa mampu menghalangnya.

3. Kasih sayang itu benar. Ia merentasi agama, bangsa dan negara. Semua berhimpun atas nama kasih sayang. Itu semua rahmat dari Allah. Allah kurniakan sedikit kepada kita atas dunia, dan disimpankan sebanyak-banyaknya kasih sayangNya untuk dirasai di hari akhirat.

4. Nyawa seorang manusia tiada nilainya. Surah AlMaidah ayat 32, sesiapa yang telah membunuh seorang manusia tanpa sebab bererti telah membunuh sekalian manusia, sesiapa yang telah menyelamatkan seorang manusia, bererti telah menyelamatkan seluruh ummat manusia. Semoga Allah merahmati semua pasukan penyelamat.

5. Usaha itu benar, hasil itu serah pada Allah. Walaupun usaha menyelamatkan Rayyan itu sukar, terpaksa mengorek tanah berbatu, bukan tanah gambut seperti Malaysia, buat terowong, hulurkan tali, hantarkan camera, hantarkan makanan, kemudian dapat diselamatkan, namun akhirnya adik Rayyan meninggal dunia selepas 20 minit diselamatkan. Kalau tahu meninggal, buat apa bersusah payah selamatkan? Tapi kita tak pegang macam tu. Kita pegang pada usaha. 

6. Amalan tersembunyi itu benar. Tiada siapa kenal ibu bapa Rayyan sebelum ini. Namun sekelip mata, ibu bapa Rayyan diangkat Allah. Mari kita ingati semula pesanan Nabi Muhammad S.A.W, ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat, salah satunya manusia yang mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi nampak kecil, namun impaknya besar. Masih ingat lagi arwah Ammar yang meninggal di Turki? Masih ingat lagi arwah Abam? Ingat lagi arwah Siti Sarah? Satu satu kebaikan mereka terungkit selepas mati. Apakah amalan tersembunyi mereka? Apakah amalan tersembunyi ibu bapa Rayyan? Ahh itu tak penting, apakah amalan tersembunyi kita?

Wallahuaklam.

Semoga Allah ampunkan kita. Masukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari api neraka.

Kredit Mohamad Bin Mohshin
#anumdarters
Share:
Read More