29 Mac 2021
26 Mac 2021
25 Mac 2021
24 Mac 2021
23 Mac 2021
PANDUAN LENGKAP PINDAHMILIK HARTANAH
PANDUAN LENGKAP PINDAHMILIK HARTANAH
Assalamualaikum semua, disebabkan Anum skrg dah bekerja dengan PTGS so Anum nak share ilmu ya..
*Tak baca rugi.. dah baca boleh kongsi..
Masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memohon penukaran pindahmilik hartanah tanpa perlu menggunakan khidmat Ejen Hartanah.Jika anda diberikan sesuatu hartanah oleh ahli keluarga atau
sesiapa sahaja, anda boleh menukar hak pemilikan hartanah tersebut dengan
sendiri bagi menjimatkan kos.
Tahukah anda, sesuatu dokumen hak pemilikan atau geran
hartanah adalah seperti Kad Pengenalan / Sijil Surat Beranak.
Penama yang tercatat dalam geran adalah pemilik hak mutlak
hartanah walaupun bayaran telah dibuat atau hartanah diusahakan oleh individu
lain.
Sekiranya pembelian menggunakan pinjaman bank atau tanah
tersebut masih digadaikan oleh pihak bank, kebiasaannya melibatkan urusan
bersama peguam.
Bagi hartanah atau rumah yang berstatus Strata atau bukan
hartanah Standard, ianya berbeza dan mengambil masa kerana melibatkan
permohonan kebenaran dari Kerajaan negeri. Setiap negeri mungkin berbeza dari
segi syarat-syaratnya.
Secara umumnya, urusan penukaran atau pemindahan Hakmilik di
Malaysia diuruskan di Pejabat Tanah dan Daerah / Galian di Malaysia.
Terdapat 3 langkah prosedur pindahmilik;
(i) Proses Penyaksian
(ii) Proses Taksiran Duti Setem LHDN
(iii) Proses Pendaftaran / Geran di Pejabat Tanah
(i) PROSES PENYAKSIAN
Proses penyaksian adalah menggunakan Borang 14A Kanun Tanah
Negara (PINDAHMILIK TANAH / BAHAGIAN / PAJAKAN) yang boleh diperolehi secara
percuma di Pejabat Tanah. Borang ini perlu diisi oleh penama pembeli / penerima
dan penjual / pemberi yang tercatat nama dalam geran.
Proses penyaksian boleh dilakukan di hadapan peguam
(dikenakan bayaran) atau pegawai Pentadbir (percuma).
Jikalau geran berstatus Tanah Simpanan atau Rezab Melayu,
penyaksian mestilah di hadapan pegawai pentadbir tanah. Paling penting pembeli
/ penerima dan penjual / pemberi mestilah hadir bersama semasa penyaksian dalam
borang ini dilakukan.
Semasa kaedah penyaksian dilakukan, pastikan beberapa dokumen
penting dibawa sekali. Dokumen tersebut adalah;
a) Kad Pengenalan kedua belah pihak.
b) Geran Hakmilik ASAL.
c) Borang 14A (Wajib diisi dengan PEN DAKWAT HITAM SAHAJA).
Tidak boleh dipadamkan dengan liquid.
d) Sijil Kelahiran Asal jika melibatkan hartanah Rezab
Melayu.
e) Surat Pemegang Amanah (jika berkaitan).
f) Lampirkan Surat Kebenaran Pindah Milik /Gadaian jika geran
tercatat adanya Sekatan-Sekatan Kepentingan atau Kaveat.
Selepas kesemua lampiran di atas telah disemak dan disahkan
benar, borang 14A tersebut akan ditandatangani oleh pembeli / penerima dan
penjual / pemberi serta peguam / pegawai Pentadbir Tanah.
Info tambahan: Bawa bersama Borang Taksiran LHDN untuk
ditandatangani oleh pembeli / penerima.
.............................................................................
(ii) PROSES TAKSIRAN DUTI SETEM LHDN
===================================
Proses Penyaksian dan proses Taksiran Duti Setem ini boleh
dilakukan pada hari atau masa yang sama. Tetapi proses ke-2 ini mengambil masa
kebiasaannya 1-2 minggu untuk selesai.
Proses taksiran memerlukan pembeli / penerima dan penjual /
pemberi mengisi dan menandatangani Borang Permohonan Taksiran Pindah Milik
Hartanah (Borang PDS 15).
Proses tandatangan hendaklah dilakukan semasa pembeli /
penerima berkumpul untuk menandatangani Borang 14A.
Borang PDS 15 ini boleh diserahkan oleh sesiapa sahaja atau
wakil ke pejabat LHDN.
.............................................................................
Dokumen penting yang perlu diserahkan adalah;
1) Borang PDS 15 yang diisi dan ditandatangani pembeli /
penerima dan penjual / pemberi (Pastikan alamat surat-menyurat pembeli /
penerima betul kerana surat taksiran LHDN akan dihantar ke alamat tersebut).
2) Salinan Borang 14A.
3) Salinan Geran.
4) Salinan Kad Pengenalan semua pembeli penerima dan penjual / pemberi.
Setelah ianya diserahkan, anda perlu menunggu surat Notis
Taksiran Pindah Milik Harta Tanah yang menyebut berapa nilai harga duti setem
yang anda perlu bayar kepada LHDN. Surat tersebut akan sampai kepada anda dalam
tempoh 1-2 minggu selepas penyerahan.
Anda juga boleh menyemak status sama ada taksiran hartanah
tersebut sama ada sudah selesai atau belum secara talian atau online di laman
web Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan memasukkan no.
adjudikasi atau No. kad pengenalan anda untuk mengetahui status.
Kiraan jumlah Duti Setem LHDN yang dikenakan untuk pemindahan
Hakmilik hartanah adalah seperti berikut
Nilai Taksiran Peratusan Duti Setem;
- RM 100,000 pertama 1%
- RM 100,001 hingga 500,000 2%
- RM 500,001 dan ke atas 3%
Rujuk kalkulator pengiraan di sini:
http://www.jpph.gov.my/V2/kira_dutisetem.php?versi=2
.............................................................................
Seterusnya anda dikehendaki membayar Duti Setem di pejabat
LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut.
Duti Setem boleh juga dibayar secara online dengan
mencatatkan No. adjudikasi taksiran tersebut. Anda boleh mencetak Sijil Setem
untuk diserahkan kepada Pejabat Tanah nanti.
Sekiranya berlaku kelewatan pembayaran, anda dikenakan
penalti di bawah Seksyen 47A, Akta Setem 1949 sebanyak RM25.00 atau 5% daripada
nilai Duti, yang mana lebih tinggi jika disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas
tempoh masa untuk setem.
Penalti akan bertambah sekali ganda jika dibuat selepas
tempoh 3 bulan tetapi sebelum 6 bulan daripada masa tersebut.
Jika selepas 6 bulan penalti akan bertambah sekali ganda
lagi. Sebaiknya setelah menerima surat tersebut, segeralah membuat bayaran Duti
Setem (penyeteman).
Info Tambahan: Semasa menunggu surat notis taksiran LHDN ni
tiba, pembeli / penerima dan penjual / pemberi boleh menguruskan
dokumen-dokumen lain yang diperlukan dalam proses ke-3 nanti.
Antaranya adalah bil bayaran Cukai Tanah Tahun Semasa dan
Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa atau surat / resit pengesahan Majlis
Perbandaran.
Lebih banyak dokumen perlu disediakan jika pindah Hakmilik
melibatkan hartanah syarikat, pertubuhan, Pemegang Amanah, Surat Kuasa, Pihak
berkuasa negeri (low cost), gadaian dan kaveat.
.............................................................................
(iii) PROSES PENDAFTARAN / GERAN DAN PEJABAT TANAH
=======================================
Proses ini dibuat di Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar di
mana Hakmilik hartanah tersebut dikeluarkan.
Ia melibatkan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan kepada
pihak Pejabat Tanah sebelum Geran baru / perubahan dikeluarkan / dilakukan.
Dokumen boleh diserahkan oleh pembeli atau wakil.
Dokumen asas yang perlu diserahkan adalah seperti berikut;
a) Borang 14A asal.
b) Hakmilik / Geran asal.
c) Sijil Setem LHDN.
d) Notis Taksiran LHDN asal.
e) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang pembeli /
penerima.
f) Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang penjual /
pemberi.
g) Salinan resit / bil Cukai Tanah Tahun Semasa.
h) Salinan resit / bil Cukai Taksiran (Pintu) Tahun Semasa
atau surat/resit pengesahan Majlis Bandaran.
Cukai Tanah Tahunan Semasa boleh disemak di Pejabat Tanah.
Cukai-Cukai Taksiran (Pintu) Tahunan Semasa pula boleh diambil di Majlis Daerah
/ Bandaran.
Jika hartanah tersebut belum dikenakan Cukai Pintu, sila
dapatkan surat pengesahan tersebut daripada Majlis Daerah / Bandaran.
.............................................................................
Sekiranya pindah Hakmilik melibatkan hartanah tertentu atau
individu khas, beberapa dokumen tambahan perlu disertakan. Iaitu;
a) Sijil Kelahiran pembeli / penerima - jika melibatkan Tanah
Rezab Melayu.
b) Surat Pemegang Amanah (jika melibatkan bahagian tanah
tidak mencukupi atau penerima tidak cukup umur).
c) Salinan Surat Kuasa Wakil dan berdaftar di pejabat tanah
(jika melibatkan kuasa tertentu).
d) Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri (jika melibatkan
pihak berkuasa negeri seperti pembelian rumah kos rendah).
e) Surat Kebenaran Pemegang Gadaian - jika melibatkan
hartanah yang masih digadai
f) Surat Kebenaran Pemegang Kaveat (jika melibatkan hartanah
yang ada sekatan Kaveat).
g) Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan (jika pindah
milik melibatkan suami isteri).
h) Salinan Sijil Kelahiran (jika pindah Hakmilik melibatkan
anak-beranak / adik-beradik).
i) Jika pindakmilik melibatkan hartanah syarikat (lebih
banyak dokumen disediakan melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),
memorandum serta Article).
j) Jika pindak Hakmilik melibatkan pertubuhan (lebih banyak
dokumen disediakan melibatkan carian Pendaftar Pertubuhan (ROS), senarai AJK,
Akta Perlembagaan pertubuhan serta minit mesyuarat berkaitan).
Setelah dokumen-dokumen disemak olejlh pegawai Pejabat Tanah,
anda dikehendaki menjelaskan bayaran pendaftaran pindah Hakmilik yang jumlahnya
(bagi negeri Selangor) adalah seperti berikut :
Nilai Taksiran Jumlah Bayaran;
√ RM50, 000 pertama = RM50
√ RM50, 001 - RM200, 000 = RM200.00
√ RM200, 001 - RM500, 000 = RM400.00
√ RM500, 000 - RM1, 000,000 = RM500.00
√ Melebihi RM1, 000,000 = RM1, 500.00
.............................................................................
Harus diingatkan, penyerahan kesemua dokumen dalam proses
ke-3 ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 BULAN dari tempoh Penyaksian Borang
14A.
Jika penyerahan dokumen dalam proses ke-3 ini dilakukan
selepas 3 bulan dari tempoh penyaksian, anda akan dikenakan penalti 1x ganda
daripada nilai bayaran pendaftaran pindak Hakmilik di atas.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan diberikan resit dan
Penyata Perserahan pejabat tanah. Serahkan kepada pegawai pejabat tanah untuk
direkodkan dan anda boleh pulang ke rumah. Dalam tempoh 3 hingga 7 hari
Hakmilik / geran yang baru akan dikeluarkan.
Sebagai penerima / pembeli atau wakil (perlukan surat wakil)
bolehlah datang bersama Penyata Perserahan untuk mengutip Hakmilik / Geran baru
tersebut.
Perlu diingatkan juga bahawa denda pungutan lewat (kecuali
Hakmilik Strata) sebanyak RM100.00 akan dikenakan jika pungutan tidak dibuat
dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran pindah Hakmilik.
√ Proses penyaksian (1 hari)
√ Proses notis Duti Setem (10 - 14 hari)
√ Proses pendaftaran / Geran (3 - 7 hari)
.............................................................................
Sekiranya anda membuat pindah Hamilik melalui khidmat peguam,
anda akan dikenakan Fi & Caj Yuran Guaman.
Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj yang
akan dikenakan ke atas pembeli;
Jenis;
Duti Setem Perjanjian Jual Beli
Kadar:
- 1% ke atas RM100, 000 pertama
- 0.5% untuk RM4, 900,000 seterusnya
Jenis;
Duti Setem Perjanjian Pembiayaan
Kadar:
- 0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1, 000
Jenis;
Duti Setem Pindah Hakmilik
(untuk rumah sudah siap sahaja)
Kadar:
- 1% ke atas RM100, 000 pertama
- 2% untuk RM400, 000 seterusnya
Fi Guaman:
RM150, 000 pertama - 1%
RM150, 001 hingga RM850, 000 - 0.7%
RM850, 001 hingga RM2, 000,000 - 0.6%
Atas RM 2,000,000 - 0.5%
Duti Setem;
RM100, 000 pertama - 1%
RM100, 001 hingga RM500, 000 - 2%
Selepas RM500, 000 - 3%
Lain-Lain Kos:
Fi Setem (Setiap dokumen) = RM10 - RM20
Akuan Bersumpah = RM30 - RM50
Carian Tanah = RM60 - RM120
Fi Pendaftaran = RM100
22 Mac 2021
Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut
Salam semua, tadi baru terdengar dr radio.. sedih sangat
kemalangan ini jom baca selanjutnya
Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap
Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan bagi menggambarkan tragedi struktur besi ‘kren launcher’ pembinaan lebuh raya yang terjatuh di Persiaran Alam Damai Cheras.
Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga pekerja kontraktor warganegara China maut dan seorang pemandu kereta cedera parah.
Video kejadian
— Too Tall ™? (@nick_farish) March 22, 2021
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah telah bergegas ke lokasi kejadian. Menurut kenyataan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.45 pagi.
Sepasukan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Tun Razak dan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
Ujarnya lagi, setibanya pasukan mereka di situ, struktur besi ‘kren kauncher’ pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta Bezza.
Kejadian melibatkan empat mangsa, pemandu kereta cedera parah kerana keretanya dihempap ‘kren launcher’. Manakala tiga mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dipercayai tiga orang telah terjatuh dan telah disahkan meninggal dunia.
Manakala, seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih giat dijalankan. Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pihaknya menjelaskan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Foto kejadian
Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & Sinar Harian
3 Tersepit, Kereta Remuk Teruk Berlanggar Dengan Lori Treler
Assalamualaikum semua
Selamat petang, lunch makan apa ?
ok nk share berita yang menyedihkan..
Satu kemalangan berhampiran Taman Pertanian, Kuantan Bypass mengakibatkan 3 orang cedera parah selepas kenderaan dinaiki mereka dikatakan bertembung satu sama lain. Dalam kejadian 8.00 pagi itu, sebuah treler dan sebuah kenderaan 4 roda dilihat remuk teruk.
Kemalangan teruk
Difahamkan tiga orang mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh pihak Bomba Dan Penyelamat daerah Kuantan. Akibat kemalangan itu, aliran trafik sesak sehingga menyebabkan dua jam kenderaan terperangkap sejauh 1 kilometer.
Empat orang pegawai dan lima belas anggota dari balai Bomba Dan Penyelamat Indera Mahkota dibantu oleh Bomba Kuantan bersama 3 buah jentera FRT sampai di lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah kenderaan 4 roda. Terdapat 3 orang mangsa tersepit dan mengalami kecederaan.
Menurut pihak Bomba & Penyelamat Negeri Pahang, pasukan mereka telah bertindak mengeluarkan mangsa-mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan bantuan sebuah kren untuk mengangkat bahagian kepala lori treler. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Buat masa ini tiada laporan tepat mengenai kejadian yang berlaku.
Gambar di lokasi
Kemalangan di Jalan Bypass Kuantan pagi ini
Posted by I ? PAHANG on Sunday, March 21, 2021
Sumber : Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
20 Mac 2021
Selamat Berhujung Minggu
19 Mac 2021
18 Mac 2021
16 Mac 2021
15 Mac 2021
Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim
14 Mac 2021
Ramadhan 2021
12 Mac 2021
11 Mac 2021
9 Mac 2021
8 Mac 2021
Cara Daftar Vaksin Secara Online Tanpa Guna Aplikasi MySejahtera, Boleh Buatkan Untuk Ibu Bapa Di Kampung
Assalamualaikum semua
Pagi ini nak share info
Sekadar Gambar Hiasan
Umumnya, mengetahui suntikan vaksin Covid-19 sudah mula diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam fasa satu yang melibatkan petugas barisan hadapan (frontliners). Manakala, fasa kedua dan fasa ketiga akan diberikan secara berperingkat menerusi jadual yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun, penerima vaksin perlu mendaftarkan diri mereka menerusi aplikasi MySejahtera bermula 23 Februari yang lalu.
Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac
Artikel Berkaitan: Covid-19 Diramal Berlarutan Selama 7 Tahun Sehingga 2028
Artikel Berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera
Namun, timbul kegusaran dalam kalangan golongan emas terutamanya, yang tidak mempunyai akses terhadap aplikasi MySejahtera bagi melayakkan diri mereka bagi menerima vaksin.
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai aplikasi tersebut masih mempunyai akses untuk mendapatkan vaksin dengan hanya perlu mendaftarkan diri menerusi portal vaksin Covid-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Hanya isi maklumat diri
Foto: Tangkap layar portal pendaftaran vaksin Covid-19
Menerusi laman web tersebut, pengguna hanya perlu mengisi maklumat diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, e-mel, dan beberapa soalan perakuan tentang sejarah kesihatan lampau.
Portal tersebut boleh diakses oleh orang awam menerusi laman web vaksin Covid-19. Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan boleh terus mengajukan masalah anda menerusi platfom yang tertera.
Terdahulu, YB Khairy Jamaluddin, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bagi menyelaras program pemberian vaksin ini kepada orang ramai.
Terdapat tiga fasa yang melibatkan tiga kategori yang berbeza, bermula dengan petugas barisan hadapan, diikuti golongan yang berisiko tinggi, dan akhir sekali individu yang berusia 18 tahun ke atas.
Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 #KitaJagaKita #PatuhSOP #HapusCovid19.
Sumber: Vaksin Covid-19
♥About Me♥
♥Followers♥
♥My Blog List♥
♥Label♥
♥Blog Archive♥
-
▼
2021
(173)
-
▼
Mac
(34)
- Mertua & Suami
- Salam Jumaat
- Selamat Pagi Khamis
- Wordless Wednesday
- PANDUAN LENGKAP PINDAHMILIK HARTANAH
- Selamat Pagi Selasa
- Struktur Besi Kren Jatuh, 3 Pekerja Dilaporkan Maut
- 3 Tersepit, Kereta Remuk Teruk Berlanggar Dengan L...
- Selamat Pagi Isnin 22.3.2021
- Selamat Berhujung Minggu
- Ramadhan
- Kejujuran
- Doa Hari ini
- Tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturahim
- Salam Isnin
- Ramadhan 2021
- Sabar
- Roda berputar
- Selamat Pagi Selasa
- Cara Daftar Vaksin Secara Online Tanpa Guna Aplika...
- Salam Isnin
- Happy Weekend
- Menu masakan hari ini
- YAKINLAH
- Jangan lepaskan peluang...
- Berang Panggilan Tak Dijawab, Ibu Cekik & Pijak Le...
- Salam Jumaat 5.3.2021
- Berkesankah Pelitup Muka Yang Korang Guna? Ini 4 P...
- Salam Khamis 4.3.2021
- Wordless Wednesday #1.2021
- Saman Dapat, Pahala Pun Dapat
- Dah Tempah 35 Kotak Hadiah Untuk Doktor & Jururawa...
- Salam Selasa 2.3.2021
- Selamat Pagi Isnin 1 Mac 2021
-
▼
Mac
(34)