3 Mac 2021
2 Mac 2021
Saman Dapat, Pahala Pun Dapat
Assalamualaikum semua
Selamat petang, Anum just nak share berita ptg ini..

Foto: Polis Daerah Tanah Merah
Diarah solat Maghrib sebelum mengikuti kuliah, sekumpulan remaja di Tanah Merah, Kelantan pasti akan mengingati ‘peristiwa’ ditangkap pihak polis ini sampai bila-bila.
11 pesalah trafik

Foto: Polis Daerah Tanah Merah
Lapor Harian Metro, seramai 11 pesalah jalan raya ‘dikerah’ untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Tidak berakhir di situ, pesalah trafik ini juga perlu mengikuti kelas tazkirah selepas ditahan oleh pihak polis semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun, ditahan susulan Ops Khas Kesalahan (bunyi bising).
Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.
30 saman dikeluarkan
Foto: Polis Daerah Tanah Merah
Hasil operasi tersebut, pihak polis mengeluarkan sebanyak 30 saman membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya terutamanya mereka yang tidak memakai topi keledar.
Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami. Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.
Sumber: Harian Metro & Polis Daerah Tanah Merah
Dah Tempah 35 Kotak Hadiah Untuk Doktor & Jururawat, Allahyarham Afiq Tak Sempat Tunai Hajat ‘Terakhir’
Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penerima hati pertama di Malaysia iaitu Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini. Allahyarham yang berusia 23 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 5 pagi tadi.
Lebih meruntun hati apabila mengetahui Allahyarham Mohd Afiq sempat menempah 35 kotak hadiah untuk diberikan kepada doktor dan jururawat yang menjaganya selama ini.
Penerima hati pertama meninggal dunia

Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada 13 Februari lalu untuk menerima rawatan dan pada 2 Mac, dia disahkan meninggal dunia akibat mengalami komplikasi hati. Difahamkan, Mohd Afiq telah menjalani pembedahan menerima hati daripada penderma, Wan Mohd Hafizam ketika usianya baru sahaja mencecah 14 bulan.
‘Murni sungguh hatinya’

Terbaru, Wan Mohd Hafizam menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi hajat terakhir Allahyarham yang ingin memberi penghargaan dan membalas jasa petugas kesihatan yang banyak membantunya selama ini.
Allahyarham dikatakan sempat menempah dan membayar deposit 35 box surprise untuk diberikan pada bulan Mac ini. Tetapi siapa sangka, tidak sempat berbuat demikian, dia sudah dijemput Ilahi. Jelas Wan Mohd Hafizam lagi, dia akan cuba menunaikan hajat Allahyarham.
Sedih bila membaca coretan seseorang rakan IG yg hantar pada saya bekenaan Mohd Afiq Ikmal. Terima kasih para Dr dan jururawat yang merawat Afiq. Bbeliau belum sempat sampaikan hajat ini. InsyaAllah saya akan teruskan.
Sumber: Wan Mohd Hafizam, Berita Harian
Salam Selasa 2.3.2021
1 Mac 2021
Selamat Pagi Isnin 1 Mac 2021
♥About Me♥
^ ..Life Is Best For Those Who Want To Live It, Life Is Difficult For Those Who Want To Analyze It, Life Is Worst For Those Who Want To Criticize It, Our Attitude Defines Life... Enjoy Your Life, Laugh So Hard That Even Sorrow Smiles At You, Live Life So Well That Even Death Loves To See You Alive, Fight So Hard That Even Fate Accepts Its Defeat.. ^
