30 Jan 2021

Salam Sabtu

Rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeza-beza. Tak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri dan lebih menjengkilkan apabila ada antara kita yang suka sangat membanding-banding.

Rezeki yang Allah beri pada kita adalah pinjaman semata-mata. Rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain, sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. 

Janganlah riak dan janganlah terlalu  kedekut untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah. 

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More

29 Jan 2021

Salam Jumaat

Orang yang bersedekah akan mendapat ganjaran pahala dan Allah akan menambah rezekinya.

Apabila memberi kepada yang tidak berkemampuan kita akan menjadi saluran untuk orang lain, InsyaAllah ganjaran pahala akan mengalir berterusan.

Ringankan tangan membantu orang lain, bersedekah jariah moga Allah melimpat gandakan rezeki agar dapat meringankan beban orang yang kurang bernasib baik.

Rezeki yang ada dikongsi-kongsikan. Makin banyak memberi, makin banyak rezeki dan ganjaran pahala kita.

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

28 Jan 2021

Salam Khamis

Jangan bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain kerana Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita semua .

Bersabarlah . Itu sebenarnya kunci kebahagiaan .

Ucapkanlah Alhamdulillah

#anumdarters 
Share:
Read More

27 Jan 2021

UJIAN

Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar. 
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud, 
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”

Aamiin...❤️
#anumdarters 
Share:
Read More

26 Jan 2021

MARAH

MARAH

Menurut Imam Al-Ghazali, sifat marah adalah disebabkan oleh 10 punca atau sebab:

1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang berlebih-lebihan dan melampaui batas
4. Suka bercakap perkara yang sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati

Semoga kita dijauhkan dari sifat² ini.

Aamiin...❤️

#anumdarters 
Share:
Read More