31 Mei 2021

24 Mei 2021

, , , ,

‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Assalamualaikum semua
Selamat Pagi, hari ini nak share kisah yang sangat menyentuh jiwa anum

Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan, pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.

Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.

Luahan bapa undang sebak

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.

Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia. Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu anak, esok kalau adik dah macam pakcik 7o lebih tahulah cara hidup macam mana.

Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.

Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik, 70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap betul.

Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.

Sedihnya! 


Share:
Read More

18 Mei 2021

, ,

Salam Selasa 18 Mei 2021

Assalamualaikum 
Ada orang yang hatinya terluka namun masih mampu tersenyum, jika kamu yang membaca ini salah satu darinya, saya doakan semoga kamu kuat, dan hidupmu dipenuhi bahagia. 

Aamiin🌹

#anumdarters❤
Share:
Read More

13 Mei 2021

, , ,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Assalamualaikum semua

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021

Tahun ni sedikit sebab kerana masih belum dapat balik atau pulang ke kampung menyambut kemeriahan hari raya bersama keluarga tercinta.. X pe la kita jangan fikir yang sedih2 ya. Apabila tempoh berpuasa selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan berakhir, maka seluruh umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan di bulan Syawal yang dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.

Hari raya aidilfitri ini juga disambut meriah dengan hidangan makanan di pagi raya seperti rendang ayam atau daging, ketupat, lemang, dodol dan juga kuih-muih.

Tetapi ada satu perkara yang jika tiada akan membuatkan suasana hari raya aidilfitri ini menjadi tidak lengkap.

Perkara itu ialah ucapan selamat hari raya aidilfitri. Ini kerana, ucapan selamat hari raya aidilfitri sering diucapkan samada ke sanak saudara, kenalan, mahupun sebilangan umat yang meraikannya.

Baiklah dikesempatan ini Anum ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Di malam raya memasang pelita, 

Pelita dipasang nampak berseri-seri, 

Benar sungguh bagai di kata, 

Raya tahun ini masih tak boleh rentas negeri

Sungguhlah kencang kuda berlari,
Kuda berlari memakai pelana,
Jangan lupa patuhi S-O-P,
Untuk sama-sama mengawal Corona
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita, 
Semoga gembira di hari yang mulia ini, 
Salah dan silap harap dimaafkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin

Share:
Read More