31 Mei 2021
24 Mei 2021
‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’
Pengorbanan ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan
anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dibuat oleh insan mulia ini bagi
memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna satu hari nanti. Bahkan,
pengorbanan mereka ini mungkin tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Bagaimanapun, apabila usia semakin lanjut apa yang
diperlukan oleh warga emas ini, hanyalah perhatian dan sepenuh kasih sayang
daripada anak-anak yang sebelum ini telah ditatang bagai minyak yang penuh.
Luahan bapa undang sebak
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Abe Joe menerusi satu video di laman TikTok, mengundang sebak apabila warga emas ini menceritakan mengenai anak-anaknya. Difahamkan, warga emas ini pada mulanya meminta RM1 untuk membeli air sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kisah hidupnya.
Anak pakcik ada dekat Selangor, biarlah jangan ganggu dia.
Pakcik tak suka, pakcik hidup orang tua, orang tua dah cakap jangan ganggu
anak, esok kalau adik dah macam pakcik 7o lebih tahulah cara hidup macam mana.
Pada masa yang sama, warga emas ini turut menjelaskan dia
lebih memilih untuk hidup susah berbanding menyusahkan anak-anaknya yang lain.
Pakcik bukan muda lagi, Esok kalau adik umur macam pakcik,
70 lebih bukan muda. Biarlah hidup pakcik susah jangan ganggu anak, dia jaga
anak dia sudah. Pakcik cakap betul. Kau jaga anak kau sudah. Ayah kau jangan
kira dan 70 lebih bila-bila nak mati pun boleh malam ni mati ke. Pakcik cakap
betul.
Di hujung video tersebut, warga emas ini tidak dapat lagi
menahan sebak dan menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang diuji dengan
sedemikian rupa. Video tersebut bagaimanapun meraih ratusan komen yang
rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini dan
mendoakan dia supaya terus dimurahkan rezeki.
Sedihnya!
Salam Isnin 24.5.2021
18 Mei 2021
13 Mei 2021
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
Hari raya aidilfitri ini juga disambut meriah dengan
hidangan makanan di pagi raya seperti rendang ayam atau daging, ketupat,
lemang, dodol dan juga kuih-muih.
Tetapi ada satu perkara yang jika tiada akan membuatkan
suasana hari raya aidilfitri ini menjadi tidak lengkap.
Perkara itu ialah ucapan selamat hari raya aidilfitri. Ini
kerana, ucapan selamat hari raya aidilfitri sering diucapkan samada ke sanak
saudara, kenalan, mahupun sebilangan umat yang meraikannya.
Baiklah dikesempatan ini Anum ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Di malam raya memasang pelita,
Pelita dipasang nampak berseri-seri,
Benar sungguh bagai di kata,
12 Mei 2021
Salam 30 Ramadhan 2021
11 Mei 2021
Sentiasa Nampak Muda, Tak Sangka Amy Mastura Dah Masuk ‘5 Series’
Wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura kelihatan sentiasa
muda tidak dimakan usia. Semalam, tanggal 10 Mei merupakan tarikh ulang tahun
kelahirannya yang ke-50. Sudah tentu ramai peminat agak terkejut Amy Mastura
sudah masuk ‘5 series’ tetapi penampilannya kelihatan jauh lebih muda.
Tak dimakan usia
Amy Mastura Binti Suhaimi dilahirkan pada tanggal 10 Mei
1971 dan kini usianya sudah cecah 50 tahun. Dia mempunyai dua orang cahaya mata
hasil perkahwinan bersama suami iaitu Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Amy
Mastura menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan aktif pada sekitar tahun
1993 lagi. Sepanjang karier seninya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa
buah album termasuk The Best of Amy Mastura (1998), Keunggulan
Amy Mastura (2007) dan The Best of Amy Mastura II (2011).
Pencapaian sepanjang 28 tahun
Bukan itu sahaja, Amy Mastura juga mempunya bakat dalam
bidang lakonan. Antara filem yang telah dibintanginya adalah Tragedi
Oktober (1996), Bintang Hati (2004), Aku Tak Bodoh (2010), Keluarga
Iskandar The Movie (2020) dan banyak lagi.
Sepanjang 28 tahun dalam industri seni, Amy Mastura telah
berjaya merangkul kira-kira lima kemenangan anugerah termasuk industri muzik
dan bidang seni lakon. Antaranya ialah anugerah Cover Album Terbaik di Anugerah
Industri Muzik 2003, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14
menerusi filem Puteri Impian, Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Bintang
Popular 1994 dan Juara kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu 2000 menerusi
lagi Bintang Hati.
Sentiasa nampak muda
Sumber: Amy Mastura
10 Mei 2021
Dilarang Rentas Daerah & Negeri
Wanita..
7 Mei 2021
JANDA...
6 Mei 2021
Ini 5 Tips Untuk Korang Buat Pembelian Dengan Harga Rendah. Barulah Berbaloi!
Dalam keadaan yang tak menentu dan mencabar sekarang, banyak
perkara yang perlu kita pertimbangkan sehabis baik terutama sekali dalam hal
berbelanja.
Jika tiada keperluan mendesak, tak perlulah berbelanja
melainkan untuk barang-barang keperluan dan bil utiliti yang memang wajib
dipenuhi setiap bulan.
Mengambil kira situasi semasa kewangan rakyat Malaysia
sekarang, syarikat telekomunikasi gergasi Digi tekad untuk terus membantu
orang ramai dalam apa jua keadaan. Mereka tampil menawarkan lebih banyak pelan
talian mampu milik yang fleksibel demi meringankan kos perbelanjaan setiap isi
rumah.
Jom kami kongsikan juga langkah mudah untuk perbelanjaan
yang lebih berbaloi dan pelan postpaid terbaru Digi untuk korang yang
inginkan penjimatann lebih!
Belanja guna kupon
Jadi lebih peka dan rajin untuk semak kalau-kalau ada kupon
istimewa yang ditawarkan di tempat korang nak membeli-belah tu. Dengan
penggunaan kupon, korang akan dapat penjimatan yang lebih banyak.
Beli barang keperluan lebih ketika jualan murah
Setiap kali ada promosi atau tawaran istimewa pastikan
korang beli segala barang keperluan dalam kuantiti yang lebih banyak. Selain
dapat berjimat, korang juga dah tak perlu nak stock up barang-barang
tersebut untuk tempoh beberapa minggu atau bulan kedepan. Jimat masa dan duit!
Jika berbelanja online, kumpul order untuk jimatkan kos
penghantaran
Membeli-belah secara dalam talian ni memang best. Tinggal
klik je yang mana nak, kemudian tunggu je order korang sampai. Tapi
kadang-kadang kos penghantaran pula terlalu mahal. Lepas ini, apa kata korang
kumpul dulu order dari keluarga atau kawan-kawan yang nak buat
pesanan dari online shop yang sama dan kongsi kos penghantaran.
Cari ruangan ‘markdown’ ketika membeli belah!
Kalau korang tak tahu, sesetengah kedai mempunyai ruangan ‘markdown’ khas
untuk barang-barang yang dah off-season dan ianya dijual pada harga
yang jauh lebih murah! Kadar potongan boleh mencecah sehingga setengah harga
tau!
Pilih pelan postpaid yang lebih berbaloi!
Pelan postpaid termasuk dalam belanja bulanan dan
ianya merupakan komitmen tetap. Jadi, penting untuk korang nilaikan sehabis
baik pelan mana yang bersesuaian mengikut kemampuan korang. Jangan nanti setiap
kali nak bayar bil korang pening kepala pula.
Kami faham memang agak susah nak cari pelan yang menawarkan
internet berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan. Haa kami excited nak
kongsikan dengan korang yang Digi dah ada pelan postpaid lebih
fleksibel!
Pelan postpaid mampu milik ikut kemampuan pengguna!
Sama seperti slogan mereka ‘Hello and connect to what
matters the most”, Digi lebih daripada bersedia untuk membantu korang
berhubung bersama keluarga, teman mahupun rakan niaga melalui pelan postpaid yang
bersesuai dengan kadar kemampuan pengguna. Tak perlu risau sebab dijamin tiada
sebarang kadar caj tambahan tau!
Pelan pasca bayar terbaru ini didatangkan dengan pakej
internet yang lebih ringkas tanpa sebarang sekatan kuota. Pada masa yang sama,
pengguna juga boleh mengakses internet berkelajuan tinggi tanpa had!
Ohh kalau korang tak tahu, Digi disahkan oleh Ookla®
sebagai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia untuk suku ketiga dan
keempat 2020!
Digi turut membenarkan pengguna untuk add-ons mana-mana
pilihan yang bersesuaian dengan keperluan korang. Nak top-up kuota
internet? Tak ada hal, korang boleh dapatkan internet berkelajuan tinggi
sehingga 360GB!
Malah, Digi juga menawarkan rebat hebat untuk
sebarang pembelian di Google Play dan Apple App Store. Semua pelanggan
kini berkelayakan untuk menerima rebat sebanyak RM10 setiap bulan bagi
pembelian di Google Play dan Apple App Store. Super berbaloi
weh!
Buat korang yang selalu habiskan masa tengok tengok drama
dan movie pula, jangan lepaskan peluang untuk tebus rebat hebat
bagi pakej langganan Viu! Dengan hanya RM1 sekarang korang dah boleh layan
semua drama dan filem di Viu setiap hari!
Haa kalau korang nak kan semua kelebihan macam rebat dan
juga pakej langganan Viu dengan harga tak masuk akal tu korang boleh pilih
untuk melanggan pakej DP 60 dan ke atas. Percayalah tak rugi langsung! Malah,
lebih berbaloi dengan segala pilihan add-ons yang ditawarkan.
Demi penjimatan yang lebih hebat, korang juga diberi pilihan
untuk menggunakan talian keluarga di mana seramai 6 orang ahli keluarga boleh
didaftarkan ke rangkaian ini dan nikmati diskaun 50% untuk
setiap line! Sekarang setiap ahli keluarga korang mempunyai akses
internet berkelajuan tinggi dan panggilan telefon tanpa had dengan hanya
setengah harga asal!
Lagi best, sekarang Digi dah turunkan harga
bayaran bulanan untuk pelan pembiayaan telefon pintar mereka dari RM90 ke RM60
je sebulan.
Dengan pelan Digi PhoneFreedom 365 korang berpeluang untuk
memilih mana-mana telefon pintar termasuklah Oppo A12, Vivo Y11D, Samsung
Galaxy A02s, Oppo A15, Realme c15 dan Vivo Y20 dengan harga bayaran peranti
setiap bulan serendah RM8 ringgit sahaja! Jadi, kalau korang tengah
berkira-kira nak dapatkan telefon baru, inilah masanya!
Melalui penambahbaikan yang diketengahkan Digi, mereka juga
komited untuk memberikan akses internet fiber untuk setiap isi rumah di
Malaysia. Oleh itu, pelanggan berpeluang menikmati penjimatan tambahan jika
menggabungkan kedua-dua pelan pasca bayar dan Digi fiber di bawah satu akaun
yang sama.
Pelan terbaru Digi ini memang paling sesuai dan sangat
berbaloi untuk korang yang lebih gemar pilih dan add-ons mengikut
keperluan sendiri. Tak adalah korang bayar untuk benda yang korang tak guna
dah, jimat duit dan nikmati nilai yang lebih!
Kalau korang memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai
pelan postpaid yang ditawarkan Digi, korang boleh klik je di SINI atau terus ke laman Facebook rasmi mereka
di SINI.
5 Mei 2021
Cara Buat QRCode
Ko la Wanita
4 Mei 2021
Berubah ke arah kebaikan
Main Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi 11 Bulan Maut Jatuh Tingkat 3
Di Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, seorang bayi berusia 11
bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman
keluarganya. Insiden itu dipercayai apabila bayi berkenaan bermain bersama-sama
abang dan kakak di atas sebuah katil bersebelahan tingkap di bilik tidur utama.
Bermain bersama abang, kakak
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten
Komisioner Beh Eng Lai telah menerima laporan kemalangan tersebut sekitar jam
6.00 petang sebelum pasukan polis dari Balai Polis Jinjang bergegas ke lokasi
kejadian.
Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama
abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan
tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap
kira-kira jam 3 petang.
Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk
mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak
mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.
Kecederaan di kepala
Ketua Polis Daerah Sentul melakukan siasatan lanjut dan
mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian melibatkan bayi berusia
11 bulan itu. Bayi tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala
akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati
mengejut.
Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan
rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan
meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.
Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah
siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Sumber: BH Online
3 Mei 2021
1 Mei 2021
Gantung Gambar
Salam 19 ramadhan
♥About Me♥
♥Followers♥
♥My Blog List♥
♥Label♥
♥Blog Archive♥
-
▼
2021
(173)
-
▼
Mei
(23)
- Salam Isnin 31.5.2021
- ‘Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’
- Salam Isnin 24.5.2021
- Salam Selasa 18 Mei 2021
- Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021
- Salam 30 Ramadhan 2021
- Sentiasa Nampak Muda, Tak Sangka Amy Mastura Dah M...
- Salam 29 Ramadhan
- Dilarang Rentas Daerah & Negeri
- Wanita..
- JANDA...
- Salam 25 Ramadhan
- Ini 5 Tips Untuk Korang Buat Pembelian Dengan Harg...
- Salam 24 Ramadhan
- Cara Buat QRCode
- Ko la Wanita
- Salam 23 Ramadhan 2021
- Berubah ke arah kebaikan
- Main Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi 11 Bulan Mau...
- Salam 22 Ramadhan
- Salam 21 Ramadhan
- Gantung Gambar
- Salam 19 ramadhan
-
▼
Mei
(23)